xifu & the algebra

Alhamdulillah,setelah sekian lama menunggu akhirnya sampai gak semalam cd xifu dan the algebra yang ana import khas dari malaysia...selepas dengar lagu2 tu,mmg berbaloi rasanya penantian selama ini..hehe..mana taknya,bagi ana album ni merupakan revolusi baru dalam dunia seni nasyid masa kini..
Bagi kawan2 yg belum memiliki album ni,blehla dapatkan di pasaran terdekat yer..antara lagu yg terdapat dalam album ini ialah make the best,brotherhood,islam iman dan ehsan,hijrah,hati dan baitul maqdis.. dan setiap lagu akan dimulai dengan suara latar ustaz maszlee dan shah kirit yg menceritakan pengalamannya sebelum dan selepas memeluk islam..yang special nyer,nyanyian hadis 40 pun ada..so,sambil dengar lagu,bleh hafal hadith gak..
Sebenarnya ana pernah berpeluang mendengar ceramah daripada shah kirit..masa tu ana kat kisas kalau tak silap..memang ana kagum dengan dia..semangat dan kesungguhan dia dalam mencari kebenaran akhirnya tercapai menerusi keislamannya walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada keluarga tersayang..ana terharu sangat dengar rintihan shah kirit yg menganggap sebelum dia memeluk islam,tiada seorang pun yg cuba berdakwah kepadanya secara sistematik..asalnya,dia pun memeluk islam sbb nak kahwin...tp sekarang dia mmg cinta akan islam melebihi segalanya..syukur alhamdulillah..dan sempat dia ajukan soalan,"sukakah kamu melihat saya mati dalam keadaaan kafir?????"
Ikhlasnya,terpana rasanya terima soalan tu..macam2 pertanyaan menembusi minda..adakah kita telah melaksanakan tugas yg terpikul atas bahu kita semua.. jgan lupa,kita semua dai`e utk menyeru ke jalan Allah dn mencegah kemungkaran..jgan cari dalih daripada berdakwah sbb kita memiliki segalanya..berdakwahlah semampunya...kalau pandai berkarya,hasilkan penulisan dakwah...kalau pandai menyanyi,serulah manusia ke jalan allah dengan suaramu..kalau kamu student, belajarlah bersungguh2 dan jaga nama baik islam..dunia sekarang memerlukan jihad akademik daripada setiap muslim...sama2lah kita ingat-mengingati yer.
Apapun,kawan2 kt korea yg berminat nak dengar album ni,blehla pinjam dengan ana.. jangan bimbang,free jer..kat sahabat2 lain,blehla dapatkannya di pasaran..ana sangat suka lagu Baitul Maqdis..sedarlah,di akhir zaman,memperjuangkan kesucian Islam ibarat menggenggam bara api..genggamlah bara api tu sampai ianya jadi abu..insyallah,salam kejayaan kepada semua..
Kepada kawan2 yg nak download lagu2 daripada album ni,click here
wassalam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home