Saturday, January 06, 2007

SAAM AIDILADHA


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah subhanahu wata'ala atas limpahan nikmat sehingga kita semua dapat lagi menyambut hari raya aidiladha pada tahun ni... ana tadi beraya kat embassy bersama sahabat2 di korea...alhamdulillah,walaupun sentiasa terkenang ayah bonda di kampung,keceriaan yg terpancar di muka2 sahabat telah berjaya menyekat aliran air mataku...huhu.skema plak ayat..walaupun x semeriah di kampung,kira ok la kan..bleh beraya gakBig Smile

Ana cuma nak mengajak sahabat2 utk menghayati lebih mendalam lagi erti sambutan aidiladha pada kali ini dalam lingkungan yang lebih luas...dalam konteks yang lebih tertumpu kepada cara dan penyelesaian bagi krisis yg melanda umat islam akhir2 ini..kalau dulu aidilfitri,sekarang aidiladha pula kembali untuk memberi penggalak ke arah kebangkitan umat islam sejagat berlandaskan kisah hidup Nabi Ibrahim dan puteranya,Nabi Ismail yg dah kita dengar setiap kali khutbah aidiladha..betul tak?


Rasanya elok la gak kalau ana imbas sepintas lalu tentang peristiwa Nabi Ismail sebagai qurban spy betul2 hadam dalam kepala kita..diceritakan, sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa ia harus menyembelih Ismail puteranya... mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim...ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyambung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri..
..kalau kita la,camner agaknya?Wink

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:" Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya...dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan....namun, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan..
sebagai gantiNya,Allah perintahkan Nabi Ibrahim supaya menyembelih seekor kambing..

Tula secara ringkas nak diceritakan..nak tunjuk ketaatan Nabi Ibrahim dan puteranya terhadap perintah Allah walaupun terpaksa gadaikan nyawa..MasyaAllah..so,apa yang kita bleh kutip dari sejarah tu? masing2 muhasabah diri la ek..dalam era islamfobia sekarang,kitalah yg bertanggungjawab mengembalikan martabat islam....ni bukan kerja main2,kerja ni memerlukan kesungguhan daripada semua umat islam yg mengaku beriman kepada Allah..

Kita perlu menyedari musuh-musuh Islam membiayai penentangan terhadap Islam melalui kewangan, melalui Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan berbagai-bagai agensi, gerakan-gerakan zionis antarabangsa yang menyumbang kewangan bagi menyesatkan umat Islam supaya menjadi murtad sama ada meninggalkan agama secara total ataupun meninggalkan syariat Allah secara sedikit demi sedikit..Inilah kefahaman yang perlu disampaikan kepada umat Islam terutama pada hari raya yang mulia, ketika kita menghadapi tokoh nabi-nabi dan rasul-rasul, Nabi Ibrahim a.s. yang menentang syirik dan menegakkan tauhid di mana seluruh umat Islam merayakan hari ini di samping jemaah haji yang berhimpun di Mekah.

Dalam perkara tauhid, menentang syirik ini, kita memerlukan islah dan tajdid, memerlukan pembaharuan kerana berlakunya perubahan masa dan keadaan.dengan makna menegakkan tauhid dalam semua perkara, dalam ibadat dan seluruh cara hidup yang luas sebagaimana yang disebutkan tadi, mestilah berlandaskan kepada ajaran Allah SWT dan menolak segala bentuk syirik, yang lain daripada Allah SWT. di mana kefahaman tauhid dan menolak syirik memerlukan pembaharuan...pembaharuan camner?pembaharuan supaya umat Islam sentiasa memahami bagaimana Islam adalah sesuai di sepanjang zaman. Islam boleh menghadapi perubahan masa dan tempat yang berlaku sepanjang kehidupan manusia.

Di sana ada perkara yang qat'iyat dan disebut dengan sawabit, yang tetap yang tidak berubah dalam perkara rukun-rukun ini, dalam perkara prinsip akidah, dalam perkara halal dan haram, dalam perkara yang diputuskan yang tidak berubah dalam kehidupan manusia...dan di sana juga ada perkara yang disebut dengan mutaghayirat, yang berubah mengikut keadaan dan masa seperti cara bermesyuarat, cara mempertahankan umat dan negara, cara memberi penyampaian dan kefahaman kepada manusia di mana cara ini berlaku perubahan dalam kehidupan manusia..perlu diingatkan,agama membenarkan kita melakukan perubahan.

Apa yang menjadi masalah pada hari ini berlakunya syirik, menyengutukan Allah dalam perkara yang terang-terang dan nyata, yang dinaskan oleh Allah, mengadakan hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah dan hilangnya semangat keyakinan kepada Allah SWT sehingga menjadi pergantungan kepada wang ringgit, harta benda, pangkat dan kedudukan, mengatasi keyakinan kepada Allah Taala...maka di sini menunjukkan adanya berhala baru yang dipuja oleh manusia di zaman kini iaitulah wang ringgit, bantuan kewangan dengan berbagai-bagai nama yang boleh merosakkan iman dan keyakinan seseorang kepada syariat Allah SWT, sanggup meninggalkan syariat kerana mengejar kewangan, kemewahan dan kesenangan dunia.Nauzubillah..mintak dijauhkan diri daripada menjadi orang yang cinta dunia menyebabkannya lupa kehidupan akhirat yang bakal ditempuhi...

Rasanya,tu jer la sebagai peringatan bersama sempena hari yang mulia ni..selamat hari raya aidiladha ana ucapkan kepada semua..semoga bergembira hendaknya..jangan biarkan aidiladha yang telah tiba ni kosong tanpa pengisian dan muhasabah..salam perjuangan kepada semua.

wassalam
Smile

0 Comments:

Post a Comment

<< Home