Friday, June 15, 2007

Hukum botakkan rambut bagi wanita

Isu wanita botakkan kepala - Satu analisis hukum

Isu ini mungkin sudah basi bagi anda, tetapi tidak bagi ana. Setiap kontroversi mestilah dianalisis dari sudut hukum agama agar masyarakat sedar dan tidak mengulanginya lagi. Inilah kejadian akhir zaman, bertuhankan manusia, wang ringgit dan pangkat. Manusia yang jahil sanggup melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan batasan hukum hakam Islam.


Demi kehendak pengarah, demi tawaran yang menarik dan demi mengejar populariti, seorang artis Melayu yang masih mengaku beragama Islam sanggup melakukan perkara sedemikian. Alangkah baiknya jika beliau sanggup meninggalkan dunia maksiat demi Allah Rabbul Jalil.


HUKUM MEMBOTAKKAN KEPALA BAGI KAUM WANITA



1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :

Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya .
Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya


2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :


Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .Dikeluarkan oleh Imam Bukhari

Ulasan :

Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.


3. Dari Ibnu Abbas Rhma :

Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya .
Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj


Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang .

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini .

Maksudnya :

Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki .

Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :

Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting )

Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .

Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?

Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .


OLEH : Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi



1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salamun'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu

hukum botakkan rmbut bagi wanita ini mmg menyalahi dlm Islam sndiri

tapi kenapa kita nk membesar2kan or bersemangat membanterasnya,sedangkan di luar sana sangatlah ramai wanita yg TIDAK BERTUDUNG. bukan botak.tetapi tidak bertudung.dah jelas Allah suruh tutup aurat.

tapi kita,pihak yg nk membanteras gejala ini hanya berdiam diri, tetapi lebih bersemangat nk banteras botak kpala.

ape botak kepala tu tutup aurat ke?

kalo nk banteras psl botak kpala,
lumpuhkan ibunya atau pendukungnya dahulu yakni "TIDAK TUTUP AURAT".

barulah yg subset dlm nya itu bley dihapuskan dgn mudah.

itu saja ulasan dari sy.

Demi hak Muhammad SAWW dan Ahlul baitnya.

-drc4rd1n a.k.a ingin tahu-

6:36 PM  

Post a Comment

<< Home