Cek Mek Molek
Cek Mek Molek
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
Teringin nak makan Cek Mek Molek. Dulu mak yang selalu buat, sekarang kena buat sendiri la. Kepada yang tak tahu, Kuih Cek Mek Molek merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada ubi keledek, tepung gandum, gula dan lain-lain. Ia merupakan sejenis kuih yang mempunyai inti gula. Kuih ini memang popular di Kelantan .
Kuih ini memang sedap. Kalau tak percaya, tengoklah gelagat-gelagat Pirel, Iman dan Erik di atas yang sedang menikmati Cek Mek Molek. Sahabat-sahabat mesti nak cuba kan? Ok, dalam entry yang ntah apa-apa ni, ana nak kongsi resepi Cek Mek Molek. Senang, Cepat dan Mudah.
Bahan-bahan
- ubi keledek (yg telah direbus dan dilecek)
- tepung gandum
- gula
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Gaulkan ubi dengan tepung sehingga campuran itu menjadi lembut.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian. Buatkan bentuk bulat.
- Leperkan, kemudian masukkan 1 sudu kecil gula (kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya)
- Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.
![]()





0 Comments:
Post a Comment
<< Home