Tugas Kita Belum Selesai

Ermm. Ingatkan di Korea jer ada Tiger Show Live . Di negara Islam pun ada ker ? Sahabat-sahabat semua, inilah karnival yang dah diadakan di Malaysia !!! Bukan setakat kereta yang ditayang, tubuh perempuan pun turut sama "dihidangkan" kepada mata-mata yang lalai tanpa mengira agama. Islam bukan memusuhi hiburan. Tetapi dengan batas-batasnya. Hiburan-hiburan yang sedang ditaja sekarang tidak membangunkan apa-apa melainkan membanyakkan unsur negatif.
Tujuan penulisan ini bukanlah nak "menghias" blog ini dengan gambar-gambar yang kurang menyenangkan (gambar yang paling sopan telah dipilih). Jauh sekali hendak mengaibkan pemilik tubuh (dikhabarkan 2 orang beragama Islam). Tetapi jauh di sudut hati, ana cuba mengkoreksi kembali diri kita. Adakah kita akan terlepas daripada pembalasan Allah lantaran kemungkaran ini ?
Adakah Malaysia sebuah negara Islam ? Anda berhak menjawabnya. Adakah cukup dengan mengisytiharkan negara Islam mengikut perlembagaan sedangkan cara hidup kita jelas bertunjangkan cara hidup Barat. Kehidupan yang semakin hari semakin menipis nilai-nilai murni dalam diri pengamalnya.Masyarakat hidup dalam ketakutan. Hatta seorang imam pun terpaksa "kunci" seliparnya sementara menyelesaikan tugas yang diamanahkan di masjid. Sebab apa? Sebab lakaran kehidupan kita sudah terpesong jauh daripada ajaran Islam yang sebenar.
Kepada saudari-saudari yang asyik menari tu, ana doakan supaya Allah buka hati untuk bertaubat. Dan maaf kepada insan-insan yang mengaku beriman termasuk ana, tiada kata-kata manis yang boleh diberikan. Cukuplah sekadar melontarkan sebuah peringatan " TUGAS KITA BELUM SELESAI ".

0 Comments:
Post a Comment
<< Home