Planet seperti Bumi ditemui
Falak Online : Letusan ala Tsunami di Matahari

Dari laman web Bad Astronomy, European Southern Observatory melaporkan penemuan sebuah planet yang paking hampir ciri-cirinya dengan Bumi! Ia mempunyai ciri-ciri fizikal 1.5 kali diameter Bumi, dan jisimnya 5 kali ganda dari Bumi.
Ini meletakkannya sebagai planet extrasolar yang paling kecil pernah ditemui setakat ini!
Planet extrasolar? Apa benda tu? Ia sebenarnya planet-planet yang ditemui mengelilingi bintang lain SELAIN daripada matahari kita.
Planet ini mengelilingi sebuah bintang yang bernama Gliese 581, sebuah bintang kerdil merah (red dwarf) pada jarak hanya 11 juta km dari bintangnya, berbanding Bumi-matahari yang berjarak 150 juta km.
Hmmm.. macam dekat sangat je? Tak panas ke? Ok, cuma kita lihat ciri-ciri bintang Gliese 581 ini. Ia sebuah bintang kerdil merah, bermakna ia dah tua sangat, dan mengeluarkan sedikit cahaya sahaja. Ini juga bermakna ia mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding matahari. Bermakna, jika faktor-faktor ini diambil kira, planet yang baru ini mempunyai julat suhu antara 0 hingga 40 darjah Celsuis! Uihhk??? Macam ok je tu!...dan kalau fakta tu sedikit sebanyak memberi isyarat kepada fikiran anda, memang betul pun! Kerana pada julat suhu tersebut memungkinkan Air wujud di sana! Wow!!!
Kalau macam tu, logik ke ada kehidupan di sana? Antara soalan yang pernah ditanya kepada saya.
Jawapannya... wallahualam. Jika kita lihat sekali imbas memang ada logiknya. Tetapi juga kita lihat beberapa fakta di bawah ni...
i.Belum ada imej yang diambil secara terus terhadap planet ini. Jadi kita tak tahu keadaan orbitnya yang sebenar. Walaupun kita tahu ia mengelilingi bintangnya setiap 13 hari!! (cuba bandingkan dengan Utarid..88 hari!), kita tak dapat pastika jika ia sebuah planet yang kering ke, penuh dengan lautan ke, atau paling tidak sebuah planet berbatu seperti bumi, dan bukannya gas seperti Musytari.
ii. Walaupun ia hampir serupa dengan bumi, graviti permukaannya lebih 2 kali ganda dari Bumi. Oleh itu, kita tak pasti bagaimana ini akan memberi kesan terhadap keadaan sebenar atmosfera planet ini.
Jadi, kenapa semua orang macam seronok semacam je bila jumpa planet ini? Ia adalah kerana, pencarian mencari kehidupan di planet lain merupakan antara tujuan utama saintis-saintis barat sentiasa memburu planet-planet extrasolar. Bayangkan sebelu tahun 1995, kita tidak pasti samada ada planet lain yang wujud mengelilingi bintang lain. Kini, sudah ada ratusan planet yang ditemui dan banyak lagi akan ditemui apabila teknologi baru digunakan bagi mencari objek yang sungguh elusif ini....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home