Sunday, April 01, 2007

Malaysia,Amerika dan FTA


  Ekonomi : Malaysia, Amerika dan FTA 




Alhamdulillah tergerak hati untuk menulis berkenaan FTA  yang sedang hangat dibincangkan di Malaysia. Dalam rantau ASEAN sekarang, hanya Malaysia dan Korea Selatan yang sedang membuat rundingan FTA.

" Mil, apa pendapat ko pasal FTA antara Malaysia dgn AS ni? " sapa seorang sahabat.

" huhu..jadi pakar ekonomi plak aku ek. Secara ringkas jawapan aku, aku benci AMERIKA. So, sebab kebencian yang membuak-buak tu aku tak sokong sebarang hubungan ekonomi dll antara sebuah negara Islam dengan Amerika termasuklah berkenaan FTA ni. Bahkan dalam soal urusan matawang sekalipun, sebagai tanda cinta kat saudara-saudara seakidah di Palestin, Iraq dan Iran.. kita sepatutnya berhenti daripada berurusan dengan matawang Dollar sebagaimana yang telah digesa oleh ulamak-ulamak seluruh dunia  " penuh beremosi tapi tenang.

Bagi saya, Free Trade Agreement (FTA) hanya indah khabar dari rupa. Tidak keterlaluan jika saya anggap itu semua muslihat Amerika untuk meneruskan rancangan jahatnya. Contohnya; jikalau FTA ini ditandatangani, mungkin negara akan mengalami lambakan daging tidak halal. Jika mereka mematuhi polisi Halal JAKIM sekali pun, kita harus ingat, daging lembu dari AS pernah terlibat dengan panyakit lembu gila atau mad cow. Penternak-penternak di dalam negara juga kena terpaksa bersaing dengan mereka kerana penternak di AS dapat menjual produk pertanian mereka dengan harga yang lebih rendah kerana mendapat subsidi pertanian yang tinggi dari kerajaan mereka.

Ini baru satu contoh,belum dibahaskan berkaitan perundangan negara dan campur tangan dalam pengurusan bank negara. Selain itu, banyak lagi masalah yang bakal timbul lantaran perjanjian ini. Bukan rekaan, bukan cakap-cakap kosong dan bukan tipuan..masalah inilah yang sedang melanda rakyat Korea sekarang. Dengan lambakan daging lembu "berpenyakit" yang murah, ubat-ubatan serta kos sara pendidikan anak-anak yang mahal dll lagi.

Perkara-perkara lain yang termasuk didalam FTA ialah perdagangan, liberalisasi perkhidmatan, harta intelektual, pelaburan, pemerolehan kerajaan dan saingan, buruh dan persekitaran.

Memetik laporan Utusan hari ini yang menyiarkan kenyataan Amerika bahawa Malaysia bakal kerugian besar jika menghentikan perjanjian FTA, sudah jelas lagi bersuluh Amerika mula takut pada bayangnya sendiri. Dan rata-rata orang Korea yang saya temui menyatakan kekesalan mereka terhadap perjanjian FTA yang telah dilakukan oleh kerajaan mereka.

Akhir kata, oleh kerana FTA akan melibatkan masa depan negara dan rakyat Malaysia, saya rasa elok kita semua peka dengan masalah ini. Jangan hanya melihat orang-orang kaya, tapi belajarlah untuk melihat petani,nelayan dan penoreh getah  di kampung. Sebab bagi saya, lepas ditolak ditambah dibahagi dan didarab, FTA tak ubah seperti intipati kepada kewujudan sebuah dasar KAPITALISME. Wassalam



0 Comments:

Post a Comment

<< Home