Monday, February 26, 2007

coins

annyong haseyo, sillehamnida, jwesonghamnida..

"Ish, ramai betul manusia pagi2 buta ni... camner ni? dah lewat!! " getus hatiku sambil berasak-asak meloloskan diri mencari secebis ruang di tengah-tengah lautan manusia.

Tiba-tiba, kting...kting...kting...semua mata tertumpu ke arah suatu bunyi. Bunyi yang dihasilkan oleh beberapa kepingan syiling. Momentum yang kuat telah menghasilkan tindak balas inersia yang tinggi ke atas syiling tersebut. Sungguh mengasikkan. Kilauan daripada syiling-syiling yang berbagai warna itu menambahkan lagi keasyikkan dalam diriku.

" PONG!! PONG!! " denguman hon komuter mematikan khayalanku.

" Alamak, habisla aku camni.. malunya, dahla ramai orang" hatiku merengus sambil mata melilau memerhati taburan syiling yang sedang membentuk satu putaran lengkap itu.

" Ahh,lantakla kau syiling.. aku dah lewat ni " suaraku agak meninggi melawan frekuensi angin.

Tapi tak semena-mena, aku dapat merasakan wujud satu daya tolakan dari arah hadapan yang telah menolak aku hingga ke belakang. Aku sedaya upaya cuba menangkis asakan itu, tapi ternyata kudrat aku tak mampu menandingi tenaga ajoshi-ajoshi (pakcik) yang sememangnya kuat-kuat belaka.

" Ya Allah, ni dah komuter yang kedua aku terlepas..dah lewat ni, mesti kena marah kat songsengnim (cikgu) nanti.. warghhh!!! " aku bermonolog keseorangan.

Ketika menunggu ketibaan komuter seterusnya, tiba-tiba taburan syiling tadi kembali menerjah fikiranku. Patutkah aku mengutipnya kembali ? Ermm,aku hayun kembali langkah ke arah syiling tersebut. Ntahla,seakan-akan wujud satu daya tarikan daripada syiling-syiling tersebut. Alhamdulillah, syiling itu masih di sana.

::: Dalam komuter :::

Aku berpaling ke belakang. Ramai betul penumpang hari ini. Mataku liar meneliti gelagat orang korea. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Ada yang baca paper, tidur, yang ber'make-up' pun ada juga. Itulah gelagat-gelagat manusia yang kelihatan begitu bersemangat menuju ke tempat kerja masing-masing. Di ceruk pintu sana, kelihatan kelibat seorang lelaki sedang termenung. Apa agaknya yang sedang dimenungkannya. Ditangannya kelihatan sekeping syiling 500 won. Syiling itu ditiliknya dengan penuh minat seakan-akan wujud aura pada matanya.

" Apsal la orang ni agaknya..pelik betul aku tengok..kalau setakat 500 won tu, apalah sangat.Tapi??? aku dulu pun camtu gak. Kalau atas bas,syilingla yang aku tatap.. maklumlah,aku kan pengumpul syiling. Mungkinkah pemuda itu pun sehobi denganku? " memori lampau kembali menggamit fikiranku. Aku teringat kembali zaman kanak-kanakku. Masa tu, akulah pengumpul syiling dari serata dunia.

" mil, nak syiling Jepun..tadi cikgu Jaafar kata nak buat pameran. Bagi jerla " pujuk abangku.

" mil, nanti kalau jumpa syiling berukiran tujuh lapisan Yaasin dan gambar seorang pakcik pegang tongkat, bagi kat aku tau..nak jual,ada orang nak beli 200 ringgit satu " aku senyum sendirian terkenangkan telatah sepupuku itu..

" sorila..bukan tak nak bagi, tapi sayang sangat2 " hehe..tulah antara jawapan popular dariku.

Waktu tu, bukan setakat syiling terkini, syiling masa pemerintahan jepun pun aku simpan. Kebanyakan syiling itu aku temui di pesisiran pantai kampung atukku. Dari sanalah hobi mengumpul syilingku bermula..

Dalam banyak-banyak syiling itu, syiling semasa pemerintahan Jepun paling menarik hatiku. Bukan kerana bentuknya yang cantik, bukan juga kerana pesona kilauannya. Tapi kerana tersimpan erti sebuah kerinduan dalam syiling itu. Teringat atukku pernah bercerita, dia tidak pernah menemui ayahnya iaitu moyangku. Semasa penjajahan askar komunis Jepun, moyangku telah dibawa ke Jepun untuk menjadi buruh paksaan di sana. Ketika itu,atuk masih dalam kandungan lagi. Sebak dadaku mendengarnya, 20 tahun hidup bersama ayah tercinta sudah cukup untukku menyelami kepedihan dan kesengsaraan hidup insan-insan yang kehilangan kasih sayang seorang bapa..

Sebelum aku datang korea pun, hadiah teristimewa pernah aku dapat adalah hadiah daripada ayahku. Sekeping wang korea bernilai seribu won. Walaupun nilainya tak seberapa, tapi itulah hadiah paling berharga dalam hidup aku. Tanpa pengetahuanku, ayah pun rupa-rupanya pengumpul koleksi wang kertas. Melihat keadaan wang kertas itu, aku pasti ia telah tersimpan lama oleh ayahku. Cuma aku jer tak tahu. Sekarang, wang kertas tu aku lekatkan kat buku koreaku.. Insyallah, suatu hari nanti akan ku tunjukkan kembali wang kertas tu bersama sekeping ijazah engineering dan juga ijazah iman kat ayah dan mak..Terima kasih ayah,mak. ANA UHIBBUKUM YA ABI WA UMMI..

dah sampai pun..k sahabat2 semua, ana mintak diri dulu..dah terlewat ni..jumpa lagi nanti..maaf kalau cerita ni seakan2 tergantung..mmg takder tujuan penulisan ni sebenarnya..main sapu jer..hehe..tu just monolog dalaman ana time boring ni..k illa liqa`.. wasslam



0 Comments:

Post a Comment

<< Home