Friday, February 02, 2007

adakah kamu ahli bidaah?

Ermm,susahnya hidup di akhir zaman ni..buat benda baik pun salah,kalau buat benda buruk xder plak yg nak tegur..kalau benda baik,ramai jer nak hentam,,apala nasib badan ni??? nilah nasib umat akhir zaman..macam2 ragam, macam2 gaya..semua "bijak2" belaka,sampai layak menganugerahkan pangkat ahli bidaah kt sesama saudara semuslim..yg peliknya,kebanyakan ulamak xder pun membidaahkan saper2.. kita plak yg lebih kuah dari sudu agaknya..kadang2 tu,ilmu takder pun,main hentam jer..kalau orang mintak dalil,mulalah tercungap2 search dalil kt yahoo atau google..

First time ana menulis pasal ni..kalau dulu sabar jer,skang dah takder ruang rasanya nak simpan dalam hati..daripada meletup hati ni,so ada baiknya ana muntahkan sajer kat blog ni..dalam ana happy2 dengan kehadiran maal hijrah aritu, tiba2 kegembiraan tu sedikit berubah lantaran sesuatu yg dah lama ana fikirkan..kali ni sebab saranan via ym ana kt kawan2 seluruh dunia supaya baca doa awal dan akhir tahun smpena maal hijrah ni.. apa lagi,bukan main lagi kena hentam kt beberapa orang saudara semuslimku..ana dah agak dah..ermm,apala nasib badan,asyik kena marah jer..ana ajak kawan2 baca yassin malam jumaat pun ada org tak puas hati gak..agaknya kena ajak pergi disko kot baru x kena marah??

Kat yg x puas hati tu,ana x pernah berdendam ngan korang..sebab korang sayangla korang tegur kan..ana pun sayang kat sumer saudara seagama ku..sebab tula ana tak pernah gelar saudara seagamaku dgn gelaran2 yg x elok..takperlah kalau ana dapat gelaran ahli bidaah pun,nauzubillah..hanya Allah yg tahu tentang diri ana.. manusia ni biasalah,guna mulut free..xyah taruk minyak pun,bleh cakap macam2...
ana mintak maafla sbb tak balas mesej2 tu,bukan ana marah..cuma mybe tu yg terbaik utk kemaslahatan bersama..biarla ana mengalah di dunia ni..janji di akhirat nanti kita semua diiiktiraf sbagai pemenang oleh Allah..tu lagi best kan...

Sebenarnya ni bukanla first time dalam hidup ana..ikutkan,ana pun nak jawab jer soalan2 berbaur penghinaan yg korg bagi tu..tp fikir2 balik,jawab camner pun,bukan selesai pun masalah kan..lagi parah adalah..so,ana angkat kaki jerla.. wlaupun ana faham gak permasalahan ni ,kemaslahatan ummah kita dahulukan.. perkara furu' jer,buat apa nak kecoh2 kan..perkara yg dah lama dibincangkan..cuma kadang2 kita jer yg pekakkan telinga tak nak terima nasihat ulama2..sbb penyakit taksub dan fanatik dah serang diri kita kan? apapun ana gembira sebab dipertemukan dengan insan2 macam korang..wlaupun x pernah bersua..ada asas agama yg mantap..semoga semuanya dirahmati Allah..

Sahabat2, berapa banyak perkara bidaah yang dikerjakan sejak pada masa para sahabat lagi jika bidaah itu difahami secara sempit dan tertutup hanya kerana ia tidak pernah dikerjakan oleh Rasulullah...tetapi bukan semua perkara yang tidak pernah dikerjakan pada masa Rasulullah itu bidaah,dah ramai ulama' membahagikan bidaah kepada bidaah hasanah dan bidaah dolalah kan? sumer dah tahu pasal ni cuma masalah skng adalah "sikap" kita..kalau kita rasa bidaah hasanah tu sekadar rekaan,takperlah..teruskan cara kita..tp jnganlah dgn sebab kita tak setuju,org yg nak buat kebaikan plak kita salahkan..bahkan kita berani membidaahkan mereka..ni tak ubah macam basuh tong najis dari dalam.. lama2,ummat islam gak yg porak poranda.. inilah akibatnya kalau fahaman kita terlalu jumud dan sempit akhirnya maksud al-Quran dan hadis itu disalah tafsir kerana sikap yang terlampau atau ghuluw dalam memahami agama.

Ana tertarik ngan pendapat ustaz zaharuddin dalam masalah ini : ....

Bagi saya, peranan golongan ilmuan muda hari ini antaranya :-

a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-dua kumpulan dengan baik  

b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.

c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.

d) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan samada kitab yang benar-benar mewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yang telah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti Ar-Rawdah, Al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-'Aziz dan Al-Umm. Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang mewakili mazhab Syafie.

e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidak mampu saya nyatakan di ruangan kecil ini.

Justeru, eloknya ilmuan muda dan dewasa meneliti di mana punca temu dan tembung antara dua aliran ini. Jika diteliti, kita akan dapati kedua-dua mereka bertemu dalam banyak perkara, terutamanya,  bertemu dalam niat baik yang ingin disumbangkan kepada masyarakat..

Kaum Muda yang di namakan juga 'salafi', 'tajdid', 'sunnah' atau dicop juga sebagai 'wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu  dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.

Kaum Tua atau dikenali sebagai 'Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak 'alim.

Niat mereka ini lebih elok jika kita sedari dari asyik berbicara tentang perselisihan mereka. Selain itu, akibat peselisihan yang semakin buruk, muncul tuduhan dari kedua-dua kumpulan bahawa orang sana tidak lain hanya ingin menyesatkan dan memecah belahkan orang ramai. Masing-masing menuduh antara satu sama lain sebagai punca masalah tanpa sedar lagi kemungkinan dirinya adalah silap.

Justeru, kita dapat lihat inilah perjuangan mereka semua niat adalah baik, cuma mereka berbeza dalam target bentuk pergerakan, penentuan keutamaan dan pendekatan.

Peranan Penyokong

Malangnya dengan di'api'kan oleh penyokong masing-masing yang kurang 'ilmu' dan penghayatan, maka pertembungan menjadi serius, titik selisih menjadi utama menenggelamkan hasrat murni dan titik persamaan. Hinggakan guru-guru kedua kumpulan yang pada asalnya cukup lunak dan berbaik, menjadi keras, tuduh menuduh berlaku, remeh meremeh, balas membalas, lebih amat malangnya banyak pula si 'guru' yang bertindak balas bukan dalam isu yang sebenar, tapi hanya akibat mainan mulut si anak murid atau penyokong yang suka menokok tambah bagi menyedapkan perisa, kononnya orang sana menyebut itu ini.

Suka saya nasihatkan si murid agar mengingati kembali bab 'An-Namimah' iaitu mengadu domba yang amat dicela oleh Islam. Guru mana yang tidak 'marah' apabila dilaporkan oleh si anak murid bahawa orang sana mengatakannya mengajar ajaran yang tidak benar, sesat, hujah cetek, menolak Usul Fiqh, tak mengetahui hadith dan lain-lain. Malah lebih buruk apabila kritikan hujjah merebak kepada kritikan peribadi, rupa wajah dan lain-lain.

Nabi SAW bersabda :

‏لا يدخل الجنة ‏ ‏نمام

Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba ( Riwayat al-Bukhari)

Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" oleh Dr Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agar tidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan, memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik 'niat baik' kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng.

Saya kerap berjumpa, pertempuran hujjah si 'guru', tetapi ia sebenarnya adalah hasil 'mulut' si anak murid, maka bertempurlah si 'guru' tanpa fakta yang sebenar tentang pihak sebelah sana, amat malang dan membuang masa. Inilah akibat kesimpulan sendiri dari kedua-dua belah pihak, sehingga mengadakan perkara yang tiada.

Renung2kanlah sahabat..janganlah kita merasakan kita sorg jer yang cintakan sunnah Rasulullah..sehinggakan kita jadi terlalu fanatik..bersikap sederhanalah dalam apa-apa perkara pun sebagaimana yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w...tanyala diri kita..jika kita benar2  sayangkan sunnah rasulullah,maka ikutilah akhlak baginda secara keseluruhan...bukannya separuh jer..adakah rasulullah pernah solat lewat macam kita? adakah rasulullah pernah menghina saudara seagamanya?.. tanyalah soalan tu kt diri sendiri sbagai muhasabah diri..bukan sekadar kita ajukan soalan, pernahkah rasulullah baca yassin di malam jumaat ?? pernahkah rasulullah buat tahlil arwah?? pernahkan rasulullah baca doa awal tahun dn akhir tahun? dan macam2 lagi...

Harap ni yg terakhir ana menulis mengenai masalah ni..lpas ni,kalau ada terima jemputan tahlil ke,yassin ke dll daripada ana,harap tak perlulah terngadah2 nak hentam..ana takder masa dah nak berdebat pasal ni..masalah utama skng bukannya masalah manusia baca doa qunut ataupun tak,bukan masalah manusia baca zikir lpas solat ker tak... tapi masalah utama skng adalah masalah akidah..masalah murtad,judi,manusia tak solat..masalah yg membawa manusia ke neraka.. nauzubillah..

Sebab itu janganlah mudah membidaah atau menyalahkan sesiapa kerana mungkin kaum yang dicela dan dihina itu lebih baik dan merupakan kumpulan majoriti umat Islam di mana-mana dunia. Sedangkan kumpulan yang menjadi majoriti umat Islam itu diakui Rasulullah sebagai umatnya yang berada atas kebenaran (hak) petunjuk Islam dan tidak terjejas dengan kesilapan kumpulan serpihan yang lain (hadis riwayat Muslim)..ana pohon maaf kalau ada yg x sependapat ngan ana..belajarlah utk berlapang dada..k,akhir kalam dari ana..sama2 kita berjuang kerana Allah.. semoga segala amal kita diterima oleh Allah...ameen.
Wallahualam




1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

subhanallah..banyak gak kekacauan dlm pemikiran ummat manusia skrg ni.hanya kerana sikap,seluruh manusia boleh bertelagah..entahlah..tepuk dada tanya iman!anyway,thanks for ur good statement.it add my knowledge..alhamdulillah.

1:00 AM  

Post a Comment

<< Home