beruntunglah orang2 yang dagang....
Dalam melihat,ku meneliti dan mentafsir setiap langkah-langkah sayu umat akhir zaman.. dan ternyata tiada yang indah melainkan hanya dipenuhi tipu daya dunia..ku mendongak ke langit, dengan harapan kesucian bintang2 ciptaan Allah mampu mengembalikan kekuatan diri... kekuatan yg kian layu lantaran merentas lautan dunia yg dipenuhi duri2 yg tajam..dalam ku bergembira,ada tangis keinsafan di dalam hati.. aku bersyukur padamu ya Allah atas nikmat Iman dan Islam atas diriku..nikmat yang akan ku syukuri sehingga ku berangkat bertemuMu..
Namun hati ini tiba2 hancur luluh lantaran dipertemukan dengan seorang hambaMu yg malu untuk mengaku Islam..umat islam sudah kembali berkeadaan dagang.. Islam sudah kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri.. sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar..seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat.. kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar...sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.lihatlah dengan mata hati,bukalah seluas2 mindamu..lihatlah dimanakah kita sekarang? bagaimana hidup kita di negeri akhirat nanti? sudah cukupkah persiapan??..
Dan ingatlah sahabat2,rasulullah pernah bersabda ,
Ertinya: " Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)"
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw...keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw...umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain..mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya...bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati"...kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt..manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat..wahai umat islam,jadilah buih2 yang tega menghasilkan gelombang ombak yg mampu menghancurkan seluruh dakyah2 puak kafir..akhir kalam, sama2lah kita mempersiapkan diri kita menuju ke negeri akhirat..semoga amal ibadat kita diterima Allah sebagai modal untuk kita menempah syurga Allah..Ameen
1 Comments:
Assalamualaikum,
Salam Ziarah dari Nashville Darul Iman.
Post a Comment
<< Home