Saturday, January 06, 2007

video hukuman saddam

Klik sini untuk lihat video Saddam digantung


Satu Video baru telah muncul menunjukkan Saddam Hussein, bekas Presiden Iraq, bertukar-tukar percakapan yang mengkeji dan mencemuh satu sama lain dengan orang-orang yang menyaksikan penggantungannya pada pagi subuh 30 Disember yang lepas bersamaan dengan hari pertama Aidil Adha.

Video baru ini telah dirakam menggunakan telefon bimbit.

Salah seorang yang menyaksikan penggantungannya boleh didengari memuji Muhammad Bakr al-Sadr, pengasas Parti Dawa Shia dan bapa saudara kepada Muqtada al0-Sadar, yang dihukum mati oleh Saddam pada 1980.

"Allah melaknati kamu," kata jaga.

"Allah melaknati kami," balas Saddam.

Saddam kelihatan senyum dengan ke arah mereka yang mencemuhnya dari paras bawah tempat hukuman dijatuhkan dan berkata mereka tidak menunjukkan kelelakian.

Kemudian Saddam mengucap dua kalimah Syahadah berdasarkan salinan klip video yang tidak dipotong yang telah diedarkan ke internet.

Saddam mengucap sehingga pertengahan kalimah yang kedua. Perkataan terakhirnya adalah Muhammad. Kemudian lantai tempah hukuman gantung itu dijatuhkan.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home