Tuesday, January 30, 2007

setelah sekian lama menyepi...

Lama menyepi,terpanggil mencoretkan sesuatu di blog ni(terkesan dek kata2 azree)..tiada hala tuju sebenarnya penulisan ni,just ikut gerak lentok jari ni..pertamanya,nak ucapkan salam maal hijrah kat semua sahabat2 yg disayangi..semoga kehadiran tahun baru hijrah ni mampu mengislahkan diri kita semua ke arah yg lebih baik..ameen

Sebenarnya malas nak menulis ni..assignment bertimbun lagi..tp hasrat hati diutamakan agar memori semalam takkan hanyut begitu sajer ditelan pengalaman2 manis yg lain..seperti biasa,malam sabtu merupakan malam2 yg dinantikan para pendakwah di bumi korea ni..malam yg menghimpunkan ratusan pendakwah di segenap bahagian korea..rata2 mereka bukanlah hidup senang,hari2 mereka dilalui dengan berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarga tersayang di kampung halaman..tp hujung minggu bukanlah waktu utk mereka bersuka ria,walaupun persekitaran mendorong mereka menjadi raja maksiat..hujung minggu dihiasi pula dengan aktiviti dakwah yg sangat mengkagumkan..

Dan seperti biasa,tika kelapangan membenarkanku untuk turut serta bersama mereka,sudah pasti ada sesuatu tercalit pengalaman indah seindah haruman kuntuman ukhuwwah islamiyyah..dan syukur alhamdulillah,atas nikmat ni aku mampu berukhuwwah dengan saudara2 islam dari serata dunia..rata2 mereka adalah orang iran,qatar,pakistan, bangladesh,palestin dn negara2 arab yg lain.. malam yg bahagia tu bukanlah diisi dengan gelak tawa sahaja,bahkan pada malam ini jugalah hati2 mereka yg telah berkarat dibasuh oleh lantunan kalimah mengagungkan Allah oleh syeikh2 yg dijemput..

Kalau dulu aku bersama sahabat2 sebayaku mendengar setiap nasihat tok guru,sekarang wujud sedikit kelainan..kini aku perlu menyesuaikan diri berukhuwwah dengan para "bapa2" mithali dari seluruh dunia.. sungguh menggembirakan dipertemukan dengan mereka..sekurang2nyer dapat kutip bekalan sbgai pengukuh tiang layarku...semalam,seperti hari2 yg lalu.. secara umunya,tiada yg special..majlis akan dimulakan dengan dengan kata2 hikmah daripada syeikh2 dn disusuli pula majlis makan2 bersama.. slpas itu para pendakwah blehla tidur di masjid itu utk memudahkan mereka  berqiammulail..

Tapi bagiku,wujud suatu ketenangan dan kesayuan dlm diri...pemergian ku semalam telah mencoretkan pengalaman yg sukar dilupakan..badan aku mmg xleh sejuk2,nanti jadi cepat menggeletar...kalau dah bergetar,lambat sikit nak berhenti..tambah2 skang winter kan,xleh lepak lama2 kat luar..opss tersasar plak,bukan psal tu nk citer..semalam sedang asyik aku dengar tazkirah,tiba2 seorang lelaki korea menyarungkan jaket ke badanku.. terkesima tanpa kata2 aku mulanya.. walaupun dia bukanlah first time aku jumpa,tp aku bukanlah selalu berborak ngan dia..dia selayaknya aku panggil pakcik..selama ni aku cuma perhatikannya dari jauh,mmg wujud rasa bangga dalam hati aku sejak mula2 melihat dia.. setiap kali pemergian ku kesana, pasti ada sajer dia.. dan setiap kali tu jugakla aku sedar dia seorang sajer org korea ketika itu..

Tak dinafikan,muslim korea tak ramai..kalau ada pun,susah nk dijumpai.. tapi pakcik ni lain dari yg lain,semangat ingin blajar yg kuat mula menghasilkan kefahaman tentang islam sedikit demi sedikit dalam dirinya..alhamdulillah.. melencong plak..berbalik kt citer tadi... leps dia sarungkan baju kt badan aku,ntah kenapa tindakan refleks aku cuba menolak sarungan itu..tapi pakcik tu terus menyarungkan baju tu hingga aku terpakai jaket diaBig Smile..dia cuma cakap nevermind2.. aku senyap ajer smbil hadiahkan senyuman kt dia..mungkin dia terlihat badan aku yg mengeletar tadi kot..dalam hati aku waktu tu,timbul semacam kesayuan lantaran fikiran aku mula melayang ke kampung halaman..teringat pengalaman ayah memakaikan jaket kepadaku ketika  hujan....semacam wujud kesamaan antara peristiwa ini..waa,rindu mak ayah di kampung....

Masa nak berangkat pulang,aku bersegera mendapatkan pakcik tu utk memulangkan jaket tu..tp kata2 dari seorang yg baru mengenali islam sangat mengkagumkan " takperla,bawa balik baju ni..sajer pakcik bawa baju lebih untuk ikram muslim..pakcik dah ada banyak baju,anak pakaila yer "... waa,memang sayu rasa waktu tu..hanya senyuman terukir di wajahku..
fikir-fikirkanlah,renung-renungkanlah para sahabat..kalau org yg baru mengenali islam sudah mampu mengpraktikkan nilai kasih sayang dalam islam..kita camner agaknya??

terima kasih pakcik kerana sudi meminjamkan kasih sayang seorang ayah kepada sayacry



0 Comments:

Post a Comment

<< Home