Sunday, March 25, 2007

Hukum lelaki pakai emas


  Agama : Hukum lelaki pakai emas ?




" Kamil, apa hukum lelaki pakai jam tangan emas? " tanya seorang sahabat.

Untuk sahabat yang berkenaan, demi memastikan hukumnya ana telah mengajukan soalan ini kepada beberapa orang ustaz.

" Emas bagi lelaki adalah haram dalam semua keadaan. Samada cincin, jam tangan atau sebagainya yang diperbuat  daripada emas, lelaki haram memakainya.


Sambungnya lagi, bagi perempuan emas dibolehkan untuk dijadikan "perhiasan" tetapi haram sebagai "alat". Perhiasan yang dimaksudkan oleh ustaz tersebut adalah berupa hiasan seperti gelang, rantai dan cincin. Manakala alat pula merupakan barangan seperti bingkai cermin mata dan tali pinggang " kata ustaz.

Diharap titipan yang tidak seberapa ini dapat merungkai permasalah hukum berkaitan emas tadi. Sebarang kesilapan ana pohon maaf dan diharap sahabat-sahabat dapat memperbetulkannya. Wassalam




0 Comments:

Post a Comment

<< Home