Saturday, April 14, 2007

Falak Online : Asteroid 2006 VV2 Melintasi Bumi

Falak Online : Asteroid 2006 VV2 Melintasi Bumi

Angkasa lepas merupakan kawasan yang penuh dengan objek-objek kecil yang dipanggil sebagai asteroid. Secara umumnya, asteroid merupakan serpihan-serpihan peninggalan pembentukan planet yang berlaku dengan hebatnya pada awal pembentukan sistem solar.Diketahui juga, majoriti daripada asteroid-asteroid ini mengorbit mengelilingi matahari di kawasan antara orbit Marikh dan Musytari. Namun, masih banyak juga asteroid yang melintasi hampir dengan bumi, dan kadangkala terlalu hampir!

Salah satu daripada asteroid ini ialah Asteroid 2006 VV2. Ia dijangkakan akan melintasi hampir dengan bumi pada jarak hanya 2 juta batu sahaja pada 30 April 2007 , dan menyinar pada magnitud 10. Pada tahap kecerahan ini, ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi mudah dikesan menggunakan teleskop bersaiz sederhana, 8-10 inci ke atas.

Tetapi, ketika ia melintasi Bumi, ia tidak dapat dilihat dari Malaysia. Penduduk di hemisfera barat berpeluang untuk melihat dan mencerapnya.

Seperti gambar di sebelah, yang diambil oleh Mike Broussard dari Louisiana, US, yang berjaya merakamnya melintasi berhampiran dengan galaksi M81 di buruj Ursa Major.

Tinjau-tinjaulah berita di internet dalam beberapa hari ini.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home