Wednesday, April 04, 2007

Tanam Al-Quran di Kutub Utara


  Agama : Tanam AL-QURAN di Kutub Utara




Ya Allah.. Beberapa hari yang lalu penulis ada terbaca mengenai hasrat Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir untuk menanam Al-Quran di kutub utara bersempena misinya nanti. Tetapi semua maklumat itu penulis perolehi daripada sumber arus reformasi bukan arus perdana. Jadi masih bolehlah kiranya penulis bersangka baik dengan harapan maklumat yang disebarkan itu adalah palsu.

 

 

Tetapi hari ini, semuanya terbukti benar. Dan penulis difahamkan, untuk ekspedisi ke Antartika pada 2004 lalu, Datin Paduka Sharifah itu telah pun menanam senaskah Al-Quran di Antartika sebagai menunjukkan orang Islam mampu melakukan apa sahaja. Astaghfirullah. Dan ini adalah cubaan yang kedua. Alhamdulillah, nampaknya cubaan kedua menemui kegagalan. Macam-macam persoalan bermain di fikiran sekarang. Sedih pun ada, nak menangis pun ada, geram pun ada. Tapi itulah hakikatnya sekarang, semua nak tunjuk jaguh dalam bab agama. Sampai soalan remeh temeh macam ini pun sudah tidak mampu kita guna akal dan iman yang Allah anugerahkan.

 

Adakah sejahil itu Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir? Pakar agama mana yang dia temui? Untuk datin, Quran itu untuk dibaca bukan ditanam dan cara itu samalah macam kita nak hina Quran. Dia mungkin berniat baik walaupun caranya tak betul. Dan dia juga mungkin jahil dengan hukum tersebut. Harap segera bertaubat dan moga Allah perkenankan. Sejak kebelakangan ini, kita boleh menyaksikan gelagat-gelagat rakyat Malaysia yang mula terdedah kejahilan mereka. Daripada artis, kepada datuk datin dan juga remaja. Kalau dulu artis hina isteri Rasulullah, sekarang Al-Quran pula yang hampir dihina.

 

Apakah puncanya? Sekarang kita dapat lihat wujud kecelaruan yang begitu besar dalam institusi ulamak di Malaysia. Yang layak tidak diberi keutamaan oleh pemerintah hanya kerana perbezaan fahaman politik, halatuju perjuangan dll. Inilah antara puncanya. Ingat Rasulullah pernah bersabda, apabila urusan agama tidak diberikan kepada orang yang selayaknya, maka tunggulah saat kehancuran dan kebinasaan.

 

Malaysia, kau semakin berubah nampaknya. Semakin hari semakin jauh dari ISLAM. Walaupun hakikatnya, engkaulah yang menghebohkan suatu dunia tentang Islam Hadharimu. Ingatlah semua, sama-sama muhasabah diri. Dunia dah tua.

 

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home