Saturday, April 21, 2007

Cetusan : Rahsia di Sebalik Sebiji Telur Ayam

  Cetusan : Rahsia di Sebalik Sebiji Telur Ayam

Teringat memori waktu zaman kanak-kanak dahulu. Bila ada majlis kahwin, akulah orang yang paling gembira rasanya. Bukan kerana dapat jumpa ramai orang, tapi yang lebih penting aku dapat kumpul telur ayam rebus. Kanak- kanak katakan. Minat mereka sukar difahami, tapi yang pasti aku merindui saat itu.

Tadi, aku disapa oleh seseorang  yang tidak ku kenali sambil sebiji telur di tangannya dihulurkan kepadaku tanda perkenalan. Pada telur tersebut tertera perkataan  
" JESUS IS LOVE " .

Kalau dulu coklat dan jus, sekarang telur pula yang aku dapat. Seperti biasa, memang aku tidak menolak pemberian tersebut walaupun akhirnya tong sampah yang menjadi persinggahan terakhirnya.

Sungguh terharu melihat kesungguhan mereka berdakwah menyeru masyarakat supaya mempercayai ketuhanan Jesus. Cukuplah sekadar melihat kesungguhan mereka daripada pandangan positif sebagai motivasi berguna kepadaku untuk terus berkecimpung dalam urusan dakwah.

Dalam sendu, hati bersuara menyuarakan bertimbun-timbun persoalan. Sudikah umat Islam kini meneruskan kesinambungan dakwah Rasulullah? Cukupkah hanya sekadar menjadi duri dalam daging dengan mengkritik usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh para daie? Tepuk dada, tanya iman. Cukupkah sekadar kita melihat orang kafir bersungguh-sungguh berdakwah sedangkan kita terus hanyut dalam pesona dunia yang kita cipta.

Apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam ? Salam kebangkitan ummah kepada semua . Wassalam


0 Comments:

Post a Comment

<< Home