Sunday, May 13, 2007

IT : Ejawi Converter 2.1 (Beta)

IT : Ejawi Converter 2.1 (Beta)

Dalam ruangan IT kali ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi perisian teknologi iaitu EJAWI CONVERTER 2.1 (BETA) yang sangat berguna kepada sahabat-sahabat yang baru memulakan langkah mempelajari tulisan jawi. Kepada sahabat-sahabat yang sudah pakar dalam tulisan ini, kemudahan ini boleh digunakan untuk menajamkan lagi penguasaan tulisan jawi bagi diri anda. Semoga ia memberi manfaat.
Penggunaannya hanya semudah A,B,C. Sahabat-sahabat hanya perlu memasukkan apa-apa teks dalam tulisan Rumi ke dalam petak yang disediakan di sebelah atas. Kemudian klik butang Terjemah Sekarang. Terjemahan Jawi akan dipaparkan di bawah petak tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang perisian ini, sahabat-sahabat bolehlah terus ke
http://www.ejawi.net/converter.php dan alamilah kehebatannya. Dalam kita mengagung-agungkan bahasa lain, jangan kita lupa di sana masih terakam indah bahasa yang perlu kita agungkan terutama Bahasa Arab. Insyallah, apabila kita sudah kuasai tulisan jawi, semakin mudahlah untuk kita mempelajari Bahasa Arab dan sekaligus melancarkan bacaan Quran kita. Ameen


0 Comments:

Post a Comment

<< Home