Nuur Qistina
Derita Anak Kecil
Ya Allah, terharu rasanya selepas berborak seketika bersama ayah ( Encik Nazrol Hafiz Nazlan ) kepada adik NUUR QISTINA HAYANI tadi. Walaupun puluhan pulau yang memisahkan kita, bahkan zahirnya kita tidak saling mengenali, tetapi pada hakikatnya seakan-akan wujud sebuah ikatan kasih sayang yang sangat utuh antara kita semua.Inilah hakikat hidup yang perlu kita teladani. Bukan semua insan bernasib baik seperti kita. Di kala kita berseronok bersama keluarga, di sana terdapat insan-insan yang terhimpit dalam kesusahan. Dan ini semua adalah ujian daripada Allah yang perlu kita yakini.
Subject: [uum] Mohon Sumbangan Kos Surgeri Nuur Qistina Hayani
Assalamualaikum wbt, Mohon Sumbangan Kos Surgeri Nuur Qistina Hayani. Mohon sumbangan ikhlas untuk surgeri kanser hati Nuur Qistina Hayani Binti Nazrol Hafiz. Baby kami yang berusia 6 bulan ini disahkan mengidap Hepatoblastoma -sejenis kanser hati untuk kanak-kanak yang jarang berlaku. Rawatan Kemotrafi sebanyak 8 kali dan surgeri diperlukan ke atas baby ini. Jumlah keseluruhan kos rawatan dan surgeri berjumlah lebih RM100 ribuperlu dijelaskan dalam tempoh 2 bulan ini memerlukan kami untukmemohon sumbangan ikhlas tuan/puan. Insuran Syarikat yang ada hanya cover sehingga RM18 ribu sahaja untuk setahun. Sumbangan boleh diberikan ke akaun Maybank Nazrol Hafiz - No Akaun 154017298056. Sumbangan anda amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Sila forwardkan email ini kepada kawan-kawan. Terima kasih.
Nazrol Hafiz Tel : 013-358 3553
Email : nazrol @ gmail.com / nazha @ yahoo.com
p/s: sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi encik nazrol melalui email mahupun telefon. ana dah call tadi, ada hikmah yang tersembunyi. jom sama-sama bantu adik Qistina ^.^
![]()

0 Comments:
Post a Comment
<< Home