Monday, May 28, 2007

Bersama Karam

Bersama Karam


Berborak seketika bersama Karam sudah cukup untuk menyingkap rahsia betapa pentingnya hakikat sebuah akhlak terpuji di dalam diri setiap Muslim yang mengaku cintakan Allah dan RasulNya. Tanpa kita sedari, sebenarnya ada insan sedang menilai segala tingkah-laku kita hanya sekadar untuk lebih mengenali apa itu "ISLAM".

Selepas memeluk Islam, panggilan Karam telah menjadi pilihan hatinya. Seorang yang berbangsa Korea, telah memeluk Islam lebih kurang 3 tahun yang lalu. Jika dahulu dia telah 'karam' dalam lautan pesona dunia yang dicipta, alhamdulillah kini segalanya sudah berubah. Kapal yang dahulunya sudah karam, kini kembali sirna disinari sinaran iman di lubuk hatinya.

Terharu mengenangkan betapa gagahnya anak muda ini dalam menyelusuri perjalanan hidupnya yang bolehlah dianggap 'menyimpang arus' kehidupan di sini. Namun, hakikat bahawa hidayat adalah milik Allah tidak mampu untuk ditafsir oleh akal manusia yang lemah. Turki yang satu masa dahulu begitu digeruni di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah, telah menjadi saksi bahawa anak muda ini mula tertarik kepada Islam. Sepemergian ke Turki atas tiket melancong rupa-rupanya merupakan satu medium yang telah merubah pegangannya selama ini. Dan kini dia sedar, tiada Tuhan disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu utusan Allah.


Tidaklah menjadi sesuatu yang pelik jika tingkah-laku anda disukai oleh seseorang. Dan melalui akhlak jugalah insan lain boleh menilai diri kita yang sebenarnya. Dalam kebobrokan akhlak umat Islam yang semakin mencemaskan, alhamdulillah masih ada insan-insan yang mengerti bahawa dakwah Rasulullah kebanyakannya melalui akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w. Berkat akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh insan-insan ini, maka Allah jadikan sebab untuk turunkan hidayat ke atas seorang hamba. Itulah dia Karam. Hatinya yang selama ini menolak Islam, senang sahaja dipatahkan oleh senjata yang bernama " AKHLAK ".


Hatinya bingung memikirkan batapa baiknya layanan orang-orang yang ditemuinya di sana. Walaupun berlainan bangsa dan agama, bahkan jutaan kota memisahkan mereka, ternyata akhlak yang ditunjukkan oleh Muslim di sana telah menambat hatinya untuk lebih mendalami Islam. Dan kini dia mula memperlengkap ilmu agamanya dengan bimbingan ustaz-ustaz dan juga isterinya yang tercinta. Alhamdulillah.


Penulisan ini tidaklah mencukupi untuk menceritakan segala pengalamannya. Cukuplah sekadar kita menyesali atas akhlak buruk yang sentiasa kita tunjukkan. Bagaimana kita mungkin mengajak orang lain memeluk Islam sedangkan kita tidak pernah sudi untuk memperkenalkan Islam yang sebenarnya kepada mereka. Sebagai umat Islam, tunjukkanlah akhlak muslim sejati walau di mana kita berada terutamanya di negara bukan Islam. Ingat, wasilah untuk Allah anugerahkan hidayat kepada hambaNya ada berbagai-bagai, salah satunya tertanggung utuh di dalam diri kita iaitu " MEMBUDAYAKAN AKHLAK ISLAMIYYAH DALAM HIDUP " supaya orang bukan Islam mengetahui akan hakikat Islam yang sebenar. Wassalam

"Di antara akhlak seorang mukmin adalah berbicara dengan baik, bila mendengarkan pembicaraan tekun, bila berjumpa orang dia menyambut dengan wajah ceria dan bila berjanji ditepati. (HR. Ad-Dailami)"



2 Comments:

Blogger syphoon said...

karam , bukan sebutan melayu... sebutan arab disebut sebagai karom.

kalo melayu sebut, karam... mcm karam singh walia la plak...

adeh...

11:03 AM  
Blogger Mohd kamil bin ab halim said...

ooo..ye ker fik..ntahla, ana tanya dia.dia sebut camtu..so, ana ikut yang dia bagitau jer.wallahualam

11:58 AM  

Post a Comment

<< Home