Wednesday, June 20, 2007

SAYYIDINA MU’AWIYAH: KHALIFAH RASHID YANG TERANIAYA

SAYYIDINA MU’AWIYAH: KHALIFAH RASHID YANG TERANIAYA

Ana nukilkan di sini penjelasan yang tidak seberapa sebagai membalas kebiadapan kata-kata seorang sahabat yang ana baru kenali terhadap sahabat Rasulullah s.a.w, Muawiyah bin Abu Sufyan. Jadi, ana tujukan warkah ini untuk semua terutamanya saudara yang menuduh itu. Harap anda baca artikel ini. Walaupun tindak-tanduk anda menjurus kepada fahaman Syiah, ana harap anda bukan daripada golongan itu. Nauzubillah.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s. Sahih Muslim jilid 2 m.s. 141-142).

Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28 Hijrah iaitu semasa pemerintahan Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah . (Tarikh Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu al-Quraisyin m.s. 124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 229 )

Sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)

Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkaa: “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)

Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya : “ Apa kata tuan tentang Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata: “Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139)

Mu’awiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun. Di zaman pemerintahannya beliau telah menyatu-padukan ummah di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama. Pemerintahannya telah diterima baik oleh sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in tidak terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan Husain r.a.Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis Muktabar. Demikianlah fakta-fakta yang tenggelam di dalam kamus sejarah kita.

Apa yang terkenal, yang kita ingat dan kita sebarkan ialah Mu’awiyah ialah seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini.

Lalu apakah sikap kita?

Pertamanya , perlu kita ingat bahawa Sayyidina Muawiyah r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allh ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih Bukhari ) . Tanpa perlu ada hujah penyokong yang lain , hujah ini sudah cukup untuk menolak serangan tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.

Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya sebagaimana yang digambarkan di atas.

Objektif sebenar mereka yang menyebarkan propaganda tentang buruknya akhlak beliau r.a. mudah diteka iaitu seorang pencatat wahyu yang tidak beramanah serta berakhlak buruk boleh mencatat apa saja yang sebenarnya tidak didengarinya dan hasilnya Al-Quran yang ada pada tangan kita pada hari ini adalah tidak terjamin ketulenannya.

Kenyataan bahawa Sayyidina Umar telah melantik beliau sebagai Gabenor Syam sehingga akhir pemerintahannya dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina Utsman. Kita tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang ditetapkan oleh Sayidina Umar dalam memilih gabenor ini.

Bila Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan , keadilan dan keupayaan Muawiayah r.a., siapakah kita untuk mengatakan beliau seorang pemutarbelit dan sebagainya ?

Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak boleh dipercayai!!

Pereka-pereka cerita dan penyebar dakyah ini ingin meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al - Quran dan as-Sunnah.

Mereka adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku pengikut setia Sayidina Ali r.a. , padahal Sayidina Ali sendiri memerangi golongan ini.

Malangnyna , kita golongan ahli Sunnah dengan senang hati dan rela menyebar luaskan dakyah ini. Cuba ikuti kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di negara ini, atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari. Kita memberi wajah baru tentang cerita ini dengan istilah yang lebih sensasi dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk tangan dan kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama kita tanpa kita sedar!!

Peribadi agung Mu’awaiyah perlu dibersihkan untuk membersihkan Islam itu sendiri. Sukatan pelajaran perlu disemak semula kerana fakta yang kita sogokkan kepada anak-anak kita bila pertama kalinya mereka didedahkan dengan sejarah Islam adalah sukar untuk dibersihkan di kemudian hari.

Hendaknya kita memberitahu masyarakat adalah Mu’awaiyah adalah seorang tokoh besar yang amat berjasa di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin yang diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s.a.w.. Anak kepada tokoh Islam Abu Sufian dan Hindun binti Utbah yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang yang paling disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w. , adik kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah r.a. )

Mu’awiyah r.a telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan jajahan takluk Islam seantero dunia. Beliau telah diakui oleh sahabat-sahabat r.a. termasuk keluarga Sayidina Ali r.a. yang amat akrab dengannya.

Kita perlu faham bahwa persengketaan yang berlaku di antara sahabat adalah angkara musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap dan menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya, kita juga harus berhati-hati kerana musuh sentiasa berusaha dari luar dan dari dalam untuk memusnahkan Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat berjasa kepada Islam, hentikan cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah satu prinsip asas dalam Islam iaitu sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang adil dan ‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan kepada al-Quran itu sendiri.

Wallaua'lam



5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salamun'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu

Muawiyah ibn Abu Suffian..

terkenal sbg sahabat Nabi SAWW..

terkenal sbg pemerintah sulung Kerajaan Bani Umaiyyah..

ramai sekali yg tahu akan ke'terkenal'an nya itu yg mana kebatilannya telah tersembunyi di sebalik tirai zaman oleh kuncu2nya.

bagaimana kita boleh menghormatinya atau menyanjungnya?

tahukah anda apakah itu Battle of Siffin ? perang atr puak Muawiyah laknatullah dan puak Ali Abi Thalib a.s.

bagaimana kita boleh kata bahawa Muawiyah adalah ahli syurga yea?

Ali Abi Thalib a.s. spt mana kita ketahui adalah sepupu Nabi SAWW, Khulafa Ar-Rasyidin yang dijamin syurga.

Ali a.s adalah putra Kaabah...Ahlul-bait Nabi SAWW yg suci daripada dosa sesuci-sucinya...

dalam masa kita sayang kat Ali a.s., ada juga yg menyayangi Muawiyah laknatullah ini. bagaimana kita boleh terima Muawiyah ahli syurga? jika benar, x kan sesama sahabat Nabi berperang? AHLI SYURGA berperang sesama sendiri.. kemudian bleh jumpa kat syurga..
"oOo ari tu hang punya anak(yazid) lead pancung kepala anak aku(husain a.s)..aku maafkan la ye,xpa2 sikit je tuhh...xda hal punya".

adakah logik? sudah tentu tidak kan.

kpd saudara empunya blog, anda kata anda syg sgt kat Muawiyah dan Ali..

bagaimana anda boleh syg mrk kedua2 secara serentak sedangkan ada 1 masalah yg mana terdapat jurang yg sgt besar antara mereka.

anda sayang muawiyah, muawiyah syg anda x? hahaha

jika nk tahu muawiyah syg anda ke x,rujuklah fakta2 & sejarah2 yg peringkat tinggi punya. pasti anda temuinya.di mana kebenaran yg mutlak dan nyata telah terpahat sejak zmn itu lg.

sebelum sy mengakhiri komen/ulasan sy ini, ingin sy maklumkan kpd anda semua bhwa tanggal 21hb Ramadhan (maghrib ini telah masuk 22hb) adalah tarikh syahidnya Amirul Mukminin Ali Abi Thalib a.s.

selawatlah kpd junjungan kekasih-Nya,pemimpin para Nabi,penutup segala Nabi yakni Muhammad SAWW dan ahlul-baitnya yg suci sesuci2nya drpd dosa.

semoga kita beroleh syafaat drpd baginda dan ahlul-baitnya.

sesungguhnya laknatlah ke atas orang2,kaum2,kuncu2,puak2,golongan2 yang memusuhi,memerangi,membenci,menzalimi Nabi SAWW dan Ahlul-baitnya serta keturunannya yg suci dari awal hingga akhir.

-drc4rd1n a.k.a ingin tahu-

8:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam dan selawat selawatku ke atas nabi muhammad dan para ahlulbaitnya yang suci...

Terkejut saya melihat tajuk yg saudara utarakan...terutamanya perkataan "teraniaya"...

Perkataan ini sepatutnya ditulis "penganiaya"..

Seperti yang tercatat dlm buku2 sejarah,,(bukan buku agama sekolah atau sejarah)...peribadi muawiyah ini bukanlah baik....

Kalau kita lihat dr tindakannya membunuh Saidina Hasan dan memerangi para ahli keluarga nabi,,memang kita boleh katakan dia tidak cintakan nabi dan islam..

Sekiranya dia mencintai nabi dan islam..sudah tentu dia tidak akan memerangi Ali k.w

Adalh mustahil utk kita menyintai Ali dan musuhnya(Muawiyah) pada masa yg sama...bolehkah anda menyintai Bush dan juga Qardawi pd masa yg sama...

Islamnya muawiyah juga krn terpaksa...iaitu pd pembukaan kota Mekah...sudah tidak ada jln lain melainkan memeluk islam..hanya sempat islam brsama nabi beberapa tahun..tidak ikut nabi pulang ke madinah slps pembukaan kota Mekah..sebalikny terus menetap di Mekah,,,jadi bagaimaan dia bole mnjadi penulis wahyu???

Saidina Ali mengatakan Muawiyah ini sbg musuh abadi islam..sila rujuk Nahjul Balaghah karangan Ibn al-Hadid...memang byk surat ditulis
Ali kpd muwiyah..

Nabi jugak tidak pernah mengatakan cintanya kpd Muawiyah...kenyataan yg mengarut...Hindun dan Abu Sufyan
adalah tokoh islam???memang tidak boleh diterima..

Mcmana anda mengatakan pemerintahannya diterima Saidina Hasan dan Husain dan para ahlulbait nabi??? sedangkan Hasan dia yg bunuh..pemerintahanny merupakan permulaan kpd sistem pemerintahan yg kejam dan zalim..dia tidak ikut lg undang2 islam..membunuh ulama yg tidak sehaluannya...

Mgkn ini shj yg saya ingin komen...
Tahniah juga kpd anda krn mewujudkan blog ini...sekurang2nya boleh mnjadi platfom utk bertukar pndapat....

-Zaba-

7:26 AM  
Blogger azrie said...

saya ingin jelaskan bahawa muawiyyah adalah figure yg direka dlm hadis time dia memerintah..

jelas sekali beliau memerangi ali bkn kerana fitnah dr golongan ketiga tetapi dia sndri ingin memerangi ali dan keturunan rasulullah..
jgnla saudara fikir bhwasanya syiah shaja yg mengatakn bnda ni sdgkan sunni pon mula memikirkan bnda ni.

didlm shahih bukhari knapa terlalu byk hadis dr abu hurairah?
sedangkan abu bakar pun meriwayat hadis tidak sebyk itu.
sekian renung2kanlah...

-ali redha-

1:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum ya saudara seagamaku..terdetik hati saya utk menghantar sedikit comment kepada blog anda ini..
saya agak kehairanan mengapa ramai umat islam yang berpegang kpd ajaran ahlil-sunnah begitu memandang tinggi kpd para sahabat termasuk muawiyah..
tahukah para saudara sekalian bahawa muawiyah yg saudara agung²kan itulah yg memerangi ali,fatimah,hassan,dan hussin.. jika anda arif sudah tentu anda tahu bahawa kesemua mereka ini merupan org yg dijamin syurga oleh allah s.w.t bukan??? jadi,layakkah kita menyanjung dan memuji² mereka ini(para sahabat)..
fikir²kan lah... wassalam..

12:09 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam.
jika benar muawiyah tidak benci/memerangi Ali,tapi kenapa dia memerangi Ali dalam perang sifin.

Nabi saw bersabda : sesungguhnya
perumpamaan AhluBaitku adalah seperti perumpamaan Perahu Nuh siapa yang menaikinya maka akan selamat dan siapa yang meninggalkannya maka akan tenggelam dan hancur.

kpd saudara2 yg masih berada di alam khayalan yg lebih menyanjung muawiyah berbanding ahlulbait nabi,selamat mengkaji.

3:01 PM  

Post a Comment

<< Home