Sunday, December 31, 2006

tinta seorang mujahid ^.~

Bismillahirrahmanirrahim...
Ana mulakan warkah ni dengan kalimah agung..kalimah yang mengakui akan sifat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..dah lama tak mencoretkan tinta dakwah pada laman ni,terpanggil utk menitiskan dakwat2 yg masih ada ni sebelum ajal menjemput kembali kepadaNya..apapun,syukron jazeelan ana ucapkan kt kawan2 yg sudi lawati laman ni walaupun x seberapa..barokallahu fikum.

Ramai kawan2 yang tanya kenapa x menulis sendiri?? ada yg tanya via ym,kt blog ni pun ada gak..terima kasih sbb bagi doronganSmile kadang2 terfikir apa sumbanganku kepada Islam? dah 20 tahun kehidupanku berlalu,hampir segala nikmat dah  dikecapi..dalam mengecapi nikmat ni,sudah banyak yg lalai..
persoalannya, apa yg boleh ku sumbangkan utk islam? fikir punya fikir,Allah bagi idea untukku berdakwah melalui alam maya..walaupun usaha hanya secubit garam,tapi insyallah kuharapkan keredaan Rabbul Jalil..sebenarnya,ana ada blog peribadi ana..kat situlah ana selalu muhasabah diri..ana suka menulis melalui pengalaman,pengalaman pahit dan manis yang akan memberi pengajaran yg berguna..kalau Shakespears mampu menghiburkan telinga pendengar dengan puisinya, mengapa kita tak boleh? kita mampu menggetarkan hati2 yg leka dengan tinta pena dakwah..

Buat sekian kalinya,ana ingin ceritakan pengalaman berdiskusi bersama penganut agama kristian beberapa  hari yang lalu..dalam gelora masalah akidah yg semakin meruncing,rasanya elok kita senantiasa perbaharui iman masing2..dan diskusi yg ana cuba sampaikan ni diharap dapat memberi sedikit pengetahuan kepada kita bagaimana cara utk menangkis dakyah2 agama lain..

Ana kenalkan dia sebagai Lucky dan Jose.. Lucky berasal dari pakistan manakala Jose ana lupa asal dari mana..apapun,kedua2nya adalah penganut kristian yg taat patuh kepada bible.. sebut bible,mesti tertanya-tanya kan..apa yg kita tahu pasal bible?? yg pasti tu adalah kitab org kristian..mudah jawapan..diskusi pertama ana bersama Lucky,ternyata mengejutkan..bagaimana seorang Kristian mampu menghafal ayat2 dalam quran hanya untuk dijadikan dalil yg jesus is son of God..adalah biasa jika kita mendengar bukti2 yg dikeluarkan dari kitab mereka sendiri,tapi boleh dianggap pelik jika mereka menggunakan kitab suci kita,Al Quran utk menentang Islam..kalau kita dalam keadaan tu,camner nak jawab? cukupkah sekadar jawapan saya tidak tahu ataupun hanya dengan diam tak berjawab ? dalam hati,memang cari pasal betul diorang ni..dalam hati jerla sbb tak tahu nak jawab kan..
Winklogiknya,kalau dia bleh berhujah guna AL-QURAN,kita pun mesti mampu mencanangkan semua kekarutan dalam bible kan?? tapi mampukah kita?? tepuk dada tanya iman..apapun, pastikan dulu kita kuat dan utuh atas tali ajaran Islam..

Apapun alhamdulillah,hasil tuntuan ilmu yg x seberapa,blehla gak ana tangkis tu sikit2..syukur sebab soalan yg dia bagi tu ana tahu jawapannya..kalau tak??? alhamdulillah tu maybe sebagai satu pengajaran kt ana supaya lebih peka tentang benda ni semua..di sini ana kongsikan antara soalan2 yg selalu diorang tanya.. ana bukan nak mengajak semua pergi lawan diorang,ni just ilmu sbgai pendinding diri jika diserang oleh dakyah2 diorang..mula2,saudara Lucky tu memetik ayat quran surah al-anbiyaa ayat 91.. ana hanya bagi maksudnya,kawan2 blehla rujuk quran.. maksud ayat tu :

"Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam."

Apa reaksi kawan2 agaknya kalau dapat soklan ni?? bukan soalan cepumas ni tau..ni soalan akidah..secara logiknya,maybe A sampai Z kawan2 dapat huraikan ayat ni tanpa masalah..kita bleh ceritakan kisah Maryam yg kita belajar masa tadika dulu kt diorang.betul tak? persoalannya,nak ker diorang dengar jawapan camtu agaknya? cuba kita perhati betul2 apa yg diorang cuba selongkar dari ayat quran tu yg mmg kita yakin semua benar belaka.. Lucky suruh ana terangkan, apa yg ana faham dari ayat tu..nampak senang,so ana jawabla mmg Allah yg ciptakan jesus tu  ( nabi isa )..takder apa yg nak dipeningkan..

Tapi tak rupanya,dia just nak bagitau yg Maryam tu xder suami..so,anak yg dilahirkan tu automatik jadi anak Allah..so funny.. senang2 dia jer,tapi mmg tulah yg selalu diorang perdebatkan..so,apa kata kita serang dia guna bible plak..jom kawan2..so ana cakap kat dia,kalau camtu jadinya,kenapa pendapat dia(lucky) bertentangan terus ngan bible..adakah kau tak baca bible? pertanyaan tu nampak kasar tp sajer,uslub dakwah katakan..nak gertak sikitWink lucky tak jawab tapi si jose cakap dia takder bible..sekali lagi hatiku tergelak sakan..memang sah dia ni agamanya pada nama jer..takder apa yg dia dapat dari agamanya..tp xderlah ana cakap camtu kan,  kena lemah lembut dalam dakwah ni..

So,ana suruh si Lucky tu buka bible bab Matius (Matthew) fasal 5 ayat 9 --> "blessed are the peacemakers,for they shall be called sons of God" atau dalam bahasa melayunya
"berbahgialah segala orang yang mendamaikan segala orang ,kerana mereka itu akan disebut anak-anak Allah"..kalau salah cuba betulkan..maksud dia lebih kurang camtula..berdasarkan ayat tu,sesiapa yang mendamaikan manusia,menjadi anak-anak Allah..so,kalau ikut bible,bukan jesus jer anak Allah..kalau ikut ayat tu,ramaila anak Allah..  kiranya jesus samala ngan penganut2 kristian lain??alhamdulillah,dapat satu point tu.. lucky senyap jer..so,apa lagi ana cuba main psiko waktu tu..hehe.

kamil : adakah kamu yakin agama kristian adalah benar?
lucky : ya,saya yakin
kamil : adakah kamu yakin bible itu suci ?
lucky : ya,saya yakin
kamil : maksud suci tu ia bersih dari kesalahan-kesalahan
lucky : ya, tapi apa maksud kesalahan bagi kamu???
kamil : misalnya la,ada orang kata si A ada 3 orang anak..orang lain plak kata si
           A ada 10 orang anak..so,adakah perkataan itu semuanya benar,ataupun
           salah semuanya atau salah satu sahaja yg benar..
lucky : (senyap)
kamil : tak mungkin semuanya benar melainkan hanya satu benar atau salah
           semuanya..andaikata ada satu kitab suci,tapi isi kandungannya                      
           bertentangan  antara satu sama lain..adakah kitab itu masih boleh
           dinamakan kitab suci?(lama menunggu jawapan)Hurmph
lucky : you ********** (terpaksa disensor,ayat yg kurang enak didengar)

Camtu jer habis diskusi kitorang..kasihan gak,kita nak kawan ngan dia,dia plak tiba2 naik angin..hehe..kawan2 nilai sendiri la ek..dah terlebih masa ana menulis ni..k, insyallah selagi nyawa dikandung badan,ana cuba kongsikan pengalaman2 yg mampu bagi ilmu kt kita semua.. banyak lagi point2 yg perlu kita tahu sbgai hujah untuk menolak dakyah diorang..yakinlah,hanya Islam agama yang benar...pengalaman2 yg berguna patut dikongsikan
Smilesahabat2 yg ada pengalaman2 yg menarik,blehla kongsikan ek..ni email ana : jundu_may@yahoo.com..
salam dakwah islam kepada semua..
Wassalam
                       

Saturday, December 16, 2006

BANGSA-BANGSA YANG MUSNAH



Klik Butang Untuk Menyaksikan Filem


Belumkah datang kepada mereka berita
penting tentang orang-orang yang sebelum
mereka,(yaitu) kaum Nuh, 'Aad, Tsamud,
kaum Ibrahim, penduduk Madyan, dan
(penduduk) negeri-negeri yang telah
musnah?. Telah datang kepada mereka
rasul-rasul dengan membawa keterangan
yang nyata; maka Allah tidaklah sekali-
kali menganiaya mereka, akan tetapi
merekalah yang menganiaya diri mereka
sendiri.(QS.At-Taubah: 70)

Ya Allah,meneliti kisah2 generasi lampau sudah
cukup untuk menggerunkan hati hambaMu yang
lemah ini..jauhilah kami dari azabMU Ya Allah.
kawan2 yg ana kasihi kerana Allah,kita tidak
miliki apapun di dunia ini,semuanya milik Allah
yg Allah pinjamkan utk menguji kekuatan iman
kita..hati2lah dengan fitnah dunia..bagiku, dunia
hanyalah sebuah fatamorgana yang hanya indah di
pandangan mata.