Saturday, April 21, 2007

Cetusan : Rahsia di Sebalik Sebiji Telur Ayam

  Cetusan : Rahsia di Sebalik Sebiji Telur Ayam

Teringat memori waktu zaman kanak-kanak dahulu. Bila ada majlis kahwin, akulah orang yang paling gembira rasanya. Bukan kerana dapat jumpa ramai orang, tapi yang lebih penting aku dapat kumpul telur ayam rebus. Kanak- kanak katakan. Minat mereka sukar difahami, tapi yang pasti aku merindui saat itu.

Tadi, aku disapa oleh seseorang  yang tidak ku kenali sambil sebiji telur di tangannya dihulurkan kepadaku tanda perkenalan. Pada telur tersebut tertera perkataan  
" JESUS IS LOVE " .

Kalau dulu coklat dan jus, sekarang telur pula yang aku dapat. Seperti biasa, memang aku tidak menolak pemberian tersebut walaupun akhirnya tong sampah yang menjadi persinggahan terakhirnya.

Sungguh terharu melihat kesungguhan mereka berdakwah menyeru masyarakat supaya mempercayai ketuhanan Jesus. Cukuplah sekadar melihat kesungguhan mereka daripada pandangan positif sebagai motivasi berguna kepadaku untuk terus berkecimpung dalam urusan dakwah.

Dalam sendu, hati bersuara menyuarakan bertimbun-timbun persoalan. Sudikah umat Islam kini meneruskan kesinambungan dakwah Rasulullah? Cukupkah hanya sekadar menjadi duri dalam daging dengan mengkritik usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh para daie? Tepuk dada, tanya iman. Cukupkah sekadar kita melihat orang kafir bersungguh-sungguh berdakwah sedangkan kita terus hanyut dalam pesona dunia yang kita cipta.

Apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam ? Salam kebangkitan ummah kepada semua . Wassalam


Friday, April 20, 2007

Religion : IS THE BIBLE GOD`S WORD ?

Religion : IS THE BIBLE GOD`S WORD ?

Dr. W. Graham Scroggie of the MOODY BIBLE INSTITUTE, Chicago, one of the most prestigious Christian Evangelical Mission in the world, answering the question "Is the Bible the Word of God?" (also the title of his book), under the heading: IT IS HUMAN, YET DIVINE.

He says on page 17:
"Yes, the Bible is human, though some, out of zeal which is not according to knowledge, have denied this. Those books have passed through the minds of men, are written in the language of men, were penned by the hands of men, and bear in their style the characteristics of men." (Emphasis added).

Both these Doctors of Religion are telling us in the clearest language humanly possible that the Bible is the handiwork of man, all the while pretending that the are proving to the contrary. An old Arab saying goes: "IF SUCH ARE THE PRIESTS, GOD BLESS THE CONGREGATION."

"It is a great book by Ahmed Deedat. Using the Bible as the bedrock, and the words of Biblical scholars to support his case. Sheikh Ahmed Deedat exposes the fallibility of the Bible. An excellent read ", Kamil.

How about you? Let's Talk About It! Let's Read It! Smile

Saturday, April 14, 2007

Bicara Agama : Sunni dan Syiah Bersatu


  Bicara Agama : Sunni dan Syiah Bersatu




Alhamdulillah. Tidak ada rasa gembira yang lain apabila kita melihat perpaduan sunni syiah makin erat atas nama Islam. Bekas Presiden Iran Mohammed Khatami dengan penuh rendah diri bertemu dengan Sheikh Mohammed Sayyed Tantawi, Imam Besar Masjid Al-Azhar, dan menyampaikan kuliah perpaduan sunni-syiah di Al-Azhar Kaherah, 29 Mac 2007 yang lalu.

 

Mufti al-Azhar juga menyerukan persatuan Islam sunnah dan syiah. Mufti Mesir menyatakan, "Saya akan berjuang untuk mempersatukan Sunnah dan Syiah dan saya memberikan fatwa bahwa Sunnah dan Syiah adalah dua umat Islam yang bersaudara dan tak ada perbezaan antara keduanya sehingga satu sama lain boleh menjalin pernikahan."

 



Ayatullah Jannati dalam perjumpaan menegaskan bahawa Republik Islam Iran bersedia bekerjasama erat dengan Universiti al-Azhar untuk mewujudkan pendekatan antara mazhab dan hubungan timbal balik yang lebih baik antara sesama ulama Islam serta pusat-pusat penelitian. Dalam pertemuan yang paling terkini itu, Sheikh Muhammad Sayyid Thanthawi mengatakan: "Fitnah dan ikhtilaf antara Syiah dan Sunni sebenarnya tidak ada. Yang ada adalah usaha yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam".

Marilah kita teruskan usaha perpaduan, bekerja untuk kebaikan Islam dan bersedia mendepani musuh sebenar. Mereka yang menolak perpaduan, kita abaikan, kita hindari dan jangan kita pedulikan. Anggaplah mereka yang tidak mahu kepada kesatuan ini sebagai lalat, penyibuk, dan kelompok khawarij (yang menurut Saidina Ali mereka bukanlah kafir, bukan juga munafik tetapi buta dan tuli)


 


Falak Online : Asteroid 2006 VV2 Melintasi Bumi

Falak Online : Asteroid 2006 VV2 Melintasi Bumi

Angkasa lepas merupakan kawasan yang penuh dengan objek-objek kecil yang dipanggil sebagai asteroid. Secara umumnya, asteroid merupakan serpihan-serpihan peninggalan pembentukan planet yang berlaku dengan hebatnya pada awal pembentukan sistem solar.Diketahui juga, majoriti daripada asteroid-asteroid ini mengorbit mengelilingi matahari di kawasan antara orbit Marikh dan Musytari. Namun, masih banyak juga asteroid yang melintasi hampir dengan bumi, dan kadangkala terlalu hampir!

Salah satu daripada asteroid ini ialah Asteroid 2006 VV2. Ia dijangkakan akan melintasi hampir dengan bumi pada jarak hanya 2 juta batu sahaja pada 30 April 2007 , dan menyinar pada magnitud 10. Pada tahap kecerahan ini, ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi mudah dikesan menggunakan teleskop bersaiz sederhana, 8-10 inci ke atas.

Tetapi, ketika ia melintasi Bumi, ia tidak dapat dilihat dari Malaysia. Penduduk di hemisfera barat berpeluang untuk melihat dan mencerapnya.

Seperti gambar di sebelah, yang diambil oleh Mike Broussard dari Louisiana, US, yang berjaya merakamnya melintasi berhampiran dengan galaksi M81 di buruj Ursa Major.

Tinjau-tinjaulah berita di internet dalam beberapa hari ini.



Thursday, April 12, 2007

Kajian : Islam dan Teknologi Maklumat


  Kajian : Islam dan Teknologi Maklumat


 "KEMAJUAN teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini.

Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini.

Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka pencapaian manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran seperti firman Allah s.w.t.:

Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di sekitar jagat dan di dalam diri mereka sendiri sehingga ternyatalah bagi mereka bahawa (Islam) itu benar.' (al-Quran Fussilat (41), ayat 53)


 [ read more ] 


 


Sambutan Maulid Nabi


  Agama : Sambutan Maulid Nabi




Syeikh Muhammad Fadil Asyur bekata:

 

Pada kurun ke 9 para ulama telah berselisih pendapat berkenaan dgn hukum menyambut perayaan maulid Nabawi. Ada yg membenarkan dan ada yg melarangnya.

 

Diantara yg membenarkan adalah Imam Sayuti, Ibnu Hajar Asqalani dan Ibnu hajar al-Haitami. Namun mereka menentang perkara menyalahi syara' yg terdapat dlm perayaan tersebut.

 

Dalil2 mereka adalah berikut:

1.Firman Allah s.w.t:


Maksudnya: Hendaklah kamu memperingatkan mereka dengan hari-hari kebesaran Allah. (Surah Ibrahim: 5)


Imam Nasaie, Abdullah bin Ahmad dlm Zawaid al-Musnad dan Imam Baihaqi dlm Syu'abul Iman telah menyebutkan satu hadis dr Ubai bin Ka'ab dari Nabi s.a.w; dimana baginda telah mentafsirkan 'ayyam' dlm ayat tersebut adalah dgn nikmat2 Allah. Kelahiran Nabi adalah suatu nikmat yg sangat besar.


2. Hadis dr Abi Qatadah al-Ansori; beliau berkata:


Nabi telah ditanya tentang puasa hari Isnin. Beliau bersabda:


Maksudnya: Pada hari tersebut adalah hari kelahiranku dan hari aku dibangkitkan sebagai Rasul atau diturunkn Quran pada ku. (HR Muslim)


MAka Rasul telah menyatakan adanya kelebihan dan keistimewaan pada hari kelahirannya. Ini menunjukkan boleh menyambut hari kelahirannya.


3. Hadis berikut:


Abu lahab bergembira dgn kelahiran Nabi dan membebaskan hambanya thuaibiah kerana dia yg membawa berita gembira tersebut. Maka Allah meringankan azab Abu lahab di neraka jahnnam. (HR Bukhari)


Imam Ibnul Jazari -wafat pd 833h- telah berkata: Sedangkan org kafir yg mana Allah mencelanya dlm al-Quran (Surah Masad) diringankan azabnya dlm neraka kerana dia gembira dgn kelahiran Nabi; inikan pula seorang Muslim yg mngesakan tuhannya dari umat Nabi Muhammad yg gembira dengan kelahiran Nabi dan memberikan sedaya mungkin kemampuannya dlm menunjukkan erti cinta pd Nabi s.a.w.


Marilah kita menyambut kelahiran Nabi dgn penuh keinsafan, menghidupkan sunnahnya dan meneruskan perjuangannya disetiap masa dan tempat....


Apapun, terpulang kepada kefakihan ilmu masing-masing untuk mengamalkannya ataupun tak. Kalau kita sudah faham bab khilaf, tidak susah untuk kita mengerti keadaan persekitaran sekarang. Semoga Allah merahmati kita semua. Yang penting kita semua masih di bawah satu akidah ISLAM.


rujukan Ahsanul Kalam (Atiah Saqar) dan Fatawa Imam Abdul Halim Mahmud.. madinah.. ( akhisalman.blogspot.com ) 


 

 

Sunday, April 08, 2007

video : tanda kiamat

 Video : Tanda Kiamat

Masih ramai lagi kat luar sana yang memerlukan tangan-tangan pembimbing ke arah kebenaran. Berkerjalah sahabat-sahabat. Jangan hanya pandai bercakap, kerana kita semua akan disoal nanti dihadapan Allah. Apa kita nak jawab? Masa tu bukan mulut yang berbicara, tetapi tangan,mata,kaki sendiri yang akan menjadi saksi kepada Allah atas segala usaha kita.Ameen



Wednesday, April 04, 2007

Tanam Al-Quran di Kutub Utara


  Agama : Tanam AL-QURAN di Kutub Utara




Ya Allah.. Beberapa hari yang lalu penulis ada terbaca mengenai hasrat Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir untuk menanam Al-Quran di kutub utara bersempena misinya nanti. Tetapi semua maklumat itu penulis perolehi daripada sumber arus reformasi bukan arus perdana. Jadi masih bolehlah kiranya penulis bersangka baik dengan harapan maklumat yang disebarkan itu adalah palsu.

 

 

Tetapi hari ini, semuanya terbukti benar. Dan penulis difahamkan, untuk ekspedisi ke Antartika pada 2004 lalu, Datin Paduka Sharifah itu telah pun menanam senaskah Al-Quran di Antartika sebagai menunjukkan orang Islam mampu melakukan apa sahaja. Astaghfirullah. Dan ini adalah cubaan yang kedua. Alhamdulillah, nampaknya cubaan kedua menemui kegagalan. Macam-macam persoalan bermain di fikiran sekarang. Sedih pun ada, nak menangis pun ada, geram pun ada. Tapi itulah hakikatnya sekarang, semua nak tunjuk jaguh dalam bab agama. Sampai soalan remeh temeh macam ini pun sudah tidak mampu kita guna akal dan iman yang Allah anugerahkan.

 

Adakah sejahil itu Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir? Pakar agama mana yang dia temui? Untuk datin, Quran itu untuk dibaca bukan ditanam dan cara itu samalah macam kita nak hina Quran. Dia mungkin berniat baik walaupun caranya tak betul. Dan dia juga mungkin jahil dengan hukum tersebut. Harap segera bertaubat dan moga Allah perkenankan. Sejak kebelakangan ini, kita boleh menyaksikan gelagat-gelagat rakyat Malaysia yang mula terdedah kejahilan mereka. Daripada artis, kepada datuk datin dan juga remaja. Kalau dulu artis hina isteri Rasulullah, sekarang Al-Quran pula yang hampir dihina.

 

Apakah puncanya? Sekarang kita dapat lihat wujud kecelaruan yang begitu besar dalam institusi ulamak di Malaysia. Yang layak tidak diberi keutamaan oleh pemerintah hanya kerana perbezaan fahaman politik, halatuju perjuangan dll. Inilah antara puncanya. Ingat Rasulullah pernah bersabda, apabila urusan agama tidak diberikan kepada orang yang selayaknya, maka tunggulah saat kehancuran dan kebinasaan.

 

Malaysia, kau semakin berubah nampaknya. Semakin hari semakin jauh dari ISLAM. Walaupun hakikatnya, engkaulah yang menghebohkan suatu dunia tentang Islam Hadharimu. Ingatlah semua, sama-sama muhasabah diri. Dunia dah tua.

 

 

Monday, April 02, 2007

Blog : Kearah Menjana Idealisme melalui Penulisan Blog.


 Blog : Kearah Menjana Idealisme melalui Penulisan Blog.



Assalamualaikum.. Artikel ini ana terbaca di sebuah blog rakan maya ana,
[ FAIZULAFZAN@BLOG ]. Artikel yang sangat menarik untuk tatapan bersama.
Selamat membaca dan berkunjung ke blog FaizulAfzan.
 
"Tahukah anda Revolusi Teratai Puteh di negara China hasil daripada nota-nota kecil yang ditanam dalam kuih bulan yang dijual kepada seluruh rakyat China. Apabila rakyat China faham (isi kandungan nota-nota kecil) , gelombang rakyat memuncak"


Ungkapan fakta di atas cukup menarik perhatian saya untuk mengajak rakan-rakan untuk mekaji kaitan fakta di atas dengan artikel pengenalan Siri Tekno Daie & Diskusi Blog yang di kendalikan oleh saya dalam ruangan ini.

Jelas apabila kita memahami dari tindakan Revolusioner Teratai Putih itu, yang hanya menggunakan nota-nota kecil untuk menyebarkan idealisme kepada rakyat... cuba bayangkan , jika kita memanfaatkan penulisan blog yang sarat dengan isi idealisme segar dan positif seorang mahasiswa....sebagai contoh , penulisan kearah membina Mahasiswa yang mempunyai jatidiri, ciri sahsiah muslim cemerlang, siri pengembaraan dan kajian tamadun (seperti GPTD) , dan pelbagai topik yang hanya dengan menulis dan menyiarkannya di blog..... berbagai lapisan masyarakat akan membacanya dan memahami isi kandungan penulisan anda atau mungkin penulisan anda akan menjadi rujukan panduan....


[ Read More ]







Sunday, April 01, 2007

Malaysia,Amerika dan FTA


  Ekonomi : Malaysia, Amerika dan FTA 




Alhamdulillah tergerak hati untuk menulis berkenaan FTA  yang sedang hangat dibincangkan di Malaysia. Dalam rantau ASEAN sekarang, hanya Malaysia dan Korea Selatan yang sedang membuat rundingan FTA.

" Mil, apa pendapat ko pasal FTA antara Malaysia dgn AS ni? " sapa seorang sahabat.

" huhu..jadi pakar ekonomi plak aku ek. Secara ringkas jawapan aku, aku benci AMERIKA. So, sebab kebencian yang membuak-buak tu aku tak sokong sebarang hubungan ekonomi dll antara sebuah negara Islam dengan Amerika termasuklah berkenaan FTA ni. Bahkan dalam soal urusan matawang sekalipun, sebagai tanda cinta kat saudara-saudara seakidah di Palestin, Iraq dan Iran.. kita sepatutnya berhenti daripada berurusan dengan matawang Dollar sebagaimana yang telah digesa oleh ulamak-ulamak seluruh dunia  " penuh beremosi tapi tenang.

Bagi saya, Free Trade Agreement (FTA) hanya indah khabar dari rupa. Tidak keterlaluan jika saya anggap itu semua muslihat Amerika untuk meneruskan rancangan jahatnya. Contohnya; jikalau FTA ini ditandatangani, mungkin negara akan mengalami lambakan daging tidak halal. Jika mereka mematuhi polisi Halal JAKIM sekali pun, kita harus ingat, daging lembu dari AS pernah terlibat dengan panyakit lembu gila atau mad cow. Penternak-penternak di dalam negara juga kena terpaksa bersaing dengan mereka kerana penternak di AS dapat menjual produk pertanian mereka dengan harga yang lebih rendah kerana mendapat subsidi pertanian yang tinggi dari kerajaan mereka.

Ini baru satu contoh,belum dibahaskan berkaitan perundangan negara dan campur tangan dalam pengurusan bank negara. Selain itu, banyak lagi masalah yang bakal timbul lantaran perjanjian ini. Bukan rekaan, bukan cakap-cakap kosong dan bukan tipuan..masalah inilah yang sedang melanda rakyat Korea sekarang. Dengan lambakan daging lembu "berpenyakit" yang murah, ubat-ubatan serta kos sara pendidikan anak-anak yang mahal dll lagi.

Perkara-perkara lain yang termasuk didalam FTA ialah perdagangan, liberalisasi perkhidmatan, harta intelektual, pelaburan, pemerolehan kerajaan dan saingan, buruh dan persekitaran.

Memetik laporan Utusan hari ini yang menyiarkan kenyataan Amerika bahawa Malaysia bakal kerugian besar jika menghentikan perjanjian FTA, sudah jelas lagi bersuluh Amerika mula takut pada bayangnya sendiri. Dan rata-rata orang Korea yang saya temui menyatakan kekesalan mereka terhadap perjanjian FTA yang telah dilakukan oleh kerajaan mereka.

Akhir kata, oleh kerana FTA akan melibatkan masa depan negara dan rakyat Malaysia, saya rasa elok kita semua peka dengan masalah ini. Jangan hanya melihat orang-orang kaya, tapi belajarlah untuk melihat petani,nelayan dan penoreh getah  di kampung. Sebab bagi saya, lepas ditolak ditambah dibahagi dan didarab, FTA tak ubah seperti intipati kepada kewujudan sebuah dasar KAPITALISME. Wassalam



Islam dan Teknologi Maklumat

"KEMAJUAN teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini.

Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini.

Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka pencapaian manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran seperti firman Allah s.w.t.:

'Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di sekitar jagat dan di dalam diri mereka sendiri sehingga ternyatalah bagi mereka bahawa (Islam) itu benar.' (al-Quran Fussilat (41), ayat 53).

Proses globalisasi dan pensejagatan ilmu merupakan satu proses yang dapat menyerlahkan kebenaran dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang positif sesuai dengan tuntutan agama sendiri.

Berdasarkan hal ini maka orang Islam tidak seharusnya menyisihkan diri dari perkembangan dan pembangunan teknologi maklumat pada hari ini, malah kita seharusnya dapat melibatkan diri secara aktif dan menjadi penyumbang utama untuk melahirkan satu masyarakat bertamadun bercirikan kebenaran seperti yang terkandung dalam agama kita.

Apabila kita berbicara tentang Internet lawan dakwah dan membentangkan beberapa unsur pemusnah nilai-nilai agama melalui Internet dan surat elektronik, maka kita tidak bermaksud agar kita menjauhkan diri daripada menggunakan komputer dan Internet. Malah tujuan kita ialah agar kita turut terlibat secara langsung di dalam aktiviti keilmuan ini dengan menggunakan berbagai-bagai kemudahan komputer untuk menyebarkan ilmu dan sekali gus dapat memanfaatkan diri dengan pencapaian istimewa manusia dalam teknologi maklumat itu.

Kita dapat mengesan beberapa pandangan yang membina tentang perkembangan teknologi maklumat dan kemanfaatannya. Tetapi peringatan dan amaran yang disuarakan ialah kebimbangan dan kekhuatiran yang amat besar tentang pengaruh negatif perkembangan ini terhadap nilai dan pegangan akidah umat Islam, khususnya generasi muda yang sedang mencari nilai-nilai hidup sendiri dan yang kurang memahami asas-asas akidahnya secara mantap.

Unsur-unsur lucah dan gejala hedonisme daripada satu pihak amat menonjol dalam Internet yang seolah-olah disogokkan untuk merubah nilai dan pandangan hidup manusia sejagat dan mengepung mereka dalam satu lingkungan yang bebas daripada nilai-nilai agama dan moral yang positif untuk kesejahteraan manusia.

Daripada satu pihak yang lain unsur-unsur negatif dan mengelirukan yang ditonjolkan tentang kebenaran agama mungkin boleh membawa kekeliruan pandangan tenang akidah dan unsur-unsur tauhid agama, termasuk persoalan-persoalan tentang ketuhanan dan kerasulan.

Hal-hal seperti ini memang tidak dapat dinafikan kewujudannya, dan seperti yang dijelaskan maka unsur-unsur ini terbukti amat cepat penyebaran dan kebanjirannya dalam masyarakat manusia, termasuk masyarakat kita yang sedang menggalakkan pembangunan teknologi ini.

Unsur-unsur pendidikan dan pengawasan diri haruslah dipertingkatkan ke tahap yang paling maksimum agar teknologi maklumat dapat dimanfaatkan oleh kita dalam membina masyarakat madani yang kita cita-citakan.

Unsur-unsur penapisan diri dan membina kekuatan dalaman haruslah dipertingkatkan dengan bersungguh-sungguh agar cabaran-cabaran negatif dalam teknologi maklumat itu dapat dilawan dan diatasi dengan sebaik-baiknya.

Semua faktor pengawasan dan pendidikan manusia, termasuk ibu bapa dan guru-guru, para pemimpin, dan jentera kerajaan sendiri haruslah dijanakan dengan sebaik-baiknya untuk mendidik semua peringkat generasi masyarakat kita yang sedang membangun supaya dapat menggunakan teknologi maklumat secara yang bertamadun untuk membina masyarakat madani.

Masyarakat bertamadun yang hendak kita bina ialah masyarakat yang berasaskan sistem nilai dan pembangunan ilmu pengetahuan yang menuju kepada kebenaran dan kekuasaan Allah S.W.T.

Hal ini memerlukan penyertaan orang-orang Islam sendiri dalam pembangunan teknologi maklumat secara positif dan proaktif. Biarlah ilmu dan kekayaan orang Islam dalam tamadun menjadi penyumbang yang konkrit untuk memajukan teknologi maklumat, dan bukanlah sebaliknya.

Terdapatnya beberapa kumpulan anak-anak muda Islam yang membuka laman web mereka tentang kumpulan 'gay dan lesbian Islam' sesungguhnya amat memalukan dan merupakan satu tamparan hebat kepada kesucian agama kita.

Malah penyebaran junk e-mail dalam bahasa Melayu di negara kita sendiri nampaknya semakin meluas dan menjadi-jadi, iaitu yang merupakan satu perkembangan yang amat tidak sihat dalam pembangunan teknologi maklumat dan saluran elektronik di negara kita.

Masih banyak nampaknya unsur negatif dan mengelirukan disebar begitu mudah melalui e-mail oleh kalangan yang ingin menyebarkan fahaman salah tentang pelbagai isu. Malah tidak kurang pula yang menggunakannya bersembang lucah dan menghantar bahan-bahan porno yang hanya mencerminkan kecetekan ilmu dan kedangkalan iman.

Bagaimanakah hendak kita binakan masyarakat madani dan mengembalikan tamadun gemilang kita, sekiranya sikap negatif ini masih mencengkam jiwa orang-orang Islam sendiri dan unsur-unsur yang meruntuhkan ini lebih banyak mendapat perhatian daripada unsur-unsur yang dinamik dan membina?

Masyarakat islam sekarang amat memerlukan golongan berilmu dan berhikmah dalam membangun teknologi maklumat secara bertamadun, dan orang-orang Islam sendiri haruslah menjadi sumber ilmu dan hikmah itu sendiri, terutamanya apabila semua prasarana teknologi maklumat itu telah dibangunkan dengan jayanya di negara kita."