Wednesday, June 20, 2007

SAYYIDINA MU’AWIYAH: KHALIFAH RASHID YANG TERANIAYA

SAYYIDINA MU’AWIYAH: KHALIFAH RASHID YANG TERANIAYA

Ana nukilkan di sini penjelasan yang tidak seberapa sebagai membalas kebiadapan kata-kata seorang sahabat yang ana baru kenali terhadap sahabat Rasulullah s.a.w, Muawiyah bin Abu Sufyan. Jadi, ana tujukan warkah ini untuk semua terutamanya saudara yang menuduh itu. Harap anda baca artikel ini. Walaupun tindak-tanduk anda menjurus kepada fahaman Syiah, ana harap anda bukan daripada golongan itu. Nauzubillah.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s. Sahih Muslim jilid 2 m.s. 141-142).

Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28 Hijrah iaitu semasa pemerintahan Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah . (Tarikh Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu al-Quraisyin m.s. 124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 229 )

Sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)

Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkaa: “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)

Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya : “ Apa kata tuan tentang Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata: “Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139)

Mu’awiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun. Di zaman pemerintahannya beliau telah menyatu-padukan ummah di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama. Pemerintahannya telah diterima baik oleh sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in tidak terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan Husain r.a.Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis Muktabar. Demikianlah fakta-fakta yang tenggelam di dalam kamus sejarah kita.

Apa yang terkenal, yang kita ingat dan kita sebarkan ialah Mu’awiyah ialah seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini.

Lalu apakah sikap kita?

Pertamanya , perlu kita ingat bahawa Sayyidina Muawiyah r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allh ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih Bukhari ) . Tanpa perlu ada hujah penyokong yang lain , hujah ini sudah cukup untuk menolak serangan tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.

Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya sebagaimana yang digambarkan di atas.

Objektif sebenar mereka yang menyebarkan propaganda tentang buruknya akhlak beliau r.a. mudah diteka iaitu seorang pencatat wahyu yang tidak beramanah serta berakhlak buruk boleh mencatat apa saja yang sebenarnya tidak didengarinya dan hasilnya Al-Quran yang ada pada tangan kita pada hari ini adalah tidak terjamin ketulenannya.

Kenyataan bahawa Sayyidina Umar telah melantik beliau sebagai Gabenor Syam sehingga akhir pemerintahannya dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina Utsman. Kita tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang ditetapkan oleh Sayidina Umar dalam memilih gabenor ini.

Bila Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan , keadilan dan keupayaan Muawiayah r.a., siapakah kita untuk mengatakan beliau seorang pemutarbelit dan sebagainya ?

Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak boleh dipercayai!!

Pereka-pereka cerita dan penyebar dakyah ini ingin meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al - Quran dan as-Sunnah.

Mereka adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku pengikut setia Sayidina Ali r.a. , padahal Sayidina Ali sendiri memerangi golongan ini.

Malangnyna , kita golongan ahli Sunnah dengan senang hati dan rela menyebar luaskan dakyah ini. Cuba ikuti kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di negara ini, atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari. Kita memberi wajah baru tentang cerita ini dengan istilah yang lebih sensasi dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk tangan dan kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama kita tanpa kita sedar!!

Peribadi agung Mu’awaiyah perlu dibersihkan untuk membersihkan Islam itu sendiri. Sukatan pelajaran perlu disemak semula kerana fakta yang kita sogokkan kepada anak-anak kita bila pertama kalinya mereka didedahkan dengan sejarah Islam adalah sukar untuk dibersihkan di kemudian hari.

Hendaknya kita memberitahu masyarakat adalah Mu’awaiyah adalah seorang tokoh besar yang amat berjasa di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin yang diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s.a.w.. Anak kepada tokoh Islam Abu Sufian dan Hindun binti Utbah yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang yang paling disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w. , adik kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah r.a. )

Mu’awiyah r.a telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan jajahan takluk Islam seantero dunia. Beliau telah diakui oleh sahabat-sahabat r.a. termasuk keluarga Sayidina Ali r.a. yang amat akrab dengannya.

Kita perlu faham bahwa persengketaan yang berlaku di antara sahabat adalah angkara musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap dan menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya, kita juga harus berhati-hati kerana musuh sentiasa berusaha dari luar dan dari dalam untuk memusnahkan Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat berjasa kepada Islam, hentikan cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah satu prinsip asas dalam Islam iaitu sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang adil dan ‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan kepada al-Quran itu sendiri.

Wallaua'lam



Sunday, June 17, 2007

Agama : 10 Golongan Yang Dilaknat oleh Allah

Agama : 10 Golongan Yang Dilaknat oleh Allah

|Anda Musykil : HMetro edisi Isnin, 11 Jun 2007

KERJA HANTAR MINUMAN KERAS

SAYA bekerja di bahagian restoran sebuah hotel terkemuka di Ipoh. Masalahnya, saya kerap diminta menghantar minuman keras kepada pelanggan. Soalan saya, adakah wang gaji saya haram dan apakah saya perlu meletakkan jawatan?

INGIN TAHU Ipoh

JAWAPAN

Bekerja dinilai sebagai satu ibadat jika ia tidak mengandungi unsur syubhat dengan perkara haram atau jika pendapatan yang diperoleh digunakan untuk perbuatan maksiat.

Pada dasarnya bekerja di hotel hukumnya harus atau boleh, bahkan menyediakan penginapan untuk musafir dalam perjalanan dinilai sebagai kebaikan. Bagaimanapun, ada hotel turut menyediakan arak.

Dalam hal ini, hadis menyatakan enam golongan dilaknat Allah terhadap pengharaman arak iaitu pembuat, penjual, pembawa, pembeli, pelayan dan peminum.

Jika terbabit dengan satu yang disebut, anda termasuk golongan yang dimurkai Allah.Seandainya anda sukar mendapatkan pekerjaan lain dan berusaha mencari pekerjaan yang tiada kaitan dengan minuman keras dan sesuatu yang haram, yang paling penting dalam hal ini, menurut Yusuf Al Qardawi, kita tidak reda dengan sesuatu berkaitan perkara haram ini.

Selepas itu berusahalah mencari yang baik dan diredai Allah supaya hidup mendapat berkat dan rezeki yang kita makan serta anak dan keluarga tidak mengandungi unsur syubhat. Wallahu A'lam.


Atas permintaan seorang sahabat, ana nukilkan persoalan ini untuk sama-sama dibincangkan. Ana difahamkan ada kesilapan pada jawapan yang diberikan oleh seorang ustazah di dalam ruangan Anda Musykil Harian Metro edisi Isnin, 11 Jun 2007 berkenaan permasalahan arak dalam Islam.

Kenyataan yang dimusykilkan adalah berkenaan golongan-golongan yang dilaknat oleh Allah oleh kerana penglibatan mereka di dalam urusan arak. Menurut jawapan ustazah ( ataupun wartawan yang silap ) tersebut, hanya 6 golongan yang terlibat dan dilaknat oleh Allah. Sekaligus menyangkal kenyataan keras Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya:
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (5) yang minta dihantarinya,(8) yang makan harganya ( hasilnya ), (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Jadi, berdasarkan hadis ini, ada 4 golongan ( yang digelapkan ) yang tidak dijelaskan oleh ustazah itu. Sesungguhnya, Rasulullah tidak menganggap sudah cukup dengan mengharamkan minum arak, sedikit ataupun banyak, bahkan memperdagangkan pun tetap diharamkan, sekalipun dengan orang di luar Islam. Oleh kerana itu tidak halal hukumnya seorang Islam mengimport arak, atau mengeksport arak, atau membuka warung arak, atau bekerja di tempat penjualan arak.

Merujuk golongan ke-8 yang tidak dinyatakan iaitu memperoleh hasil daripada urusniaga arak, persoalan yang bermain di fikiran ana sekarang adakah jawapan yang diberikan tersebut merupakan suatu kesilapan ataupun disebabkan ke terikatan si penjawab dengan urusan pangkat dan kuasa. Nauzubillah. Jangan lupa, Malaysia memperoleh jutaan ringgit hasil daripada cukai arak. Dan jangan lupa, Malaysia memiliki sebuah kilang arak yang tergolong di dalam golongan kilang arak terbesar di Asia Tenggara. Dan jangan lupa, Malaysia bakal menjadi pengeksport arak. Diharap tiada ulamak- ulamak yang mendustakan agama demi menjaga kuasa, pangkat dan hartanya sendiri. Jika Allah sahaja di hati, lautan pesona dunia tidak akan mampu menggoncang keimanan dan ketakwaan kepadaNya.

Ini bukanlah suatu tuduhan mahupun fitnah, ianya adalah suatu kemusykilan berkaitan hukum Allah yang mesti diberi penjelasan dengan sebenarnya tanpa berselindung dengan sebarang kepalsuan.
Pohon penjelasan daripada yang lebih arif. Wallahua'lam

IT : Disable "Send Report Error To Microsoft

IT : Disable "Send Report Error To Microsoft"


Assalamualaikum. Tiap kali ada program yang crash di Windows XP, akan muncul sebuah kotak berisikan "Send Error Report To Microsoft". Bagaimana anda mampu mengatasinya? Dalam keterbatasan waktu ini, ana akan bicarakan tentang permasalahan ini.

Jika anda tidak ingin terganggu lagi dengan masalah ini, ikuti langkah berikut:

- Buka "Control Panel".
- Klik pada "Performance and Maintenance".
- Klik "System".
- Lalu pada kotak System Properties klik tab "Advanced".
- Klik tombol "Error Reporting" di bawah.
- Pada kotak Error Reporting, pilih "Disable error reporting".
- Klik OK dan OK lagi.

Namun, jika anda ingin menentukan program-program yang diperbolehkan menampilkan kotak ini, pada bagian Error Reporting, klik tombol "Choose Programs...", lalu sila tambahkan program tersebut. Selamat Mencuba

Friday, June 15, 2007

Hukum botakkan rambut bagi wanita

Isu wanita botakkan kepala - Satu analisis hukum

Isu ini mungkin sudah basi bagi anda, tetapi tidak bagi ana. Setiap kontroversi mestilah dianalisis dari sudut hukum agama agar masyarakat sedar dan tidak mengulanginya lagi. Inilah kejadian akhir zaman, bertuhankan manusia, wang ringgit dan pangkat. Manusia yang jahil sanggup melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan batasan hukum hakam Islam.


Demi kehendak pengarah, demi tawaran yang menarik dan demi mengejar populariti, seorang artis Melayu yang masih mengaku beragama Islam sanggup melakukan perkara sedemikian. Alangkah baiknya jika beliau sanggup meninggalkan dunia maksiat demi Allah Rabbul Jalil.


HUKUM MEMBOTAKKAN KEPALA BAGI KAUM WANITA



1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :

Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya .
Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya


2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :


Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .Dikeluarkan oleh Imam Bukhari

Ulasan :

Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.


3. Dari Ibnu Abbas Rhma :

Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya .
Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj


Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang .

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini .

Maksudnya :

Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki .

Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :

Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting )

Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .

Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?

Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .


OLEH : Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi



Wednesday, June 06, 2007

Islam Pasti Bangkit

 Video : Islam Pasti Bangkit



Islam pasti kembali cemerlang segemilangnya Islam pada zaman pemerintahan  para Anbia' dan juga Khulafa' Arrasyidin. Islam pasti akan kembali menenggelamkan segala kekufuran yang telah bermaharajalela di muka bumi ini. Yakinlah Islam pasti kembali bersih daripada dakyah-dakyah golongan kuffar yang semakin berani menentang Islam. Saat yang memerlukan umat Islam bersatu hati pada satu akidah yang kukuh dan utuh. Saat yang akan menjadi saksi bahawa hanya Islamlah agama yang benar dan tiada agama lain yang lebih tinggi daripada agama Islam. Saat itu akan tiba. Adakah anda sudah bersedia?



Monday, June 04, 2007

IT : Baca Pesan Yahoo! Messenger Tanpa Login

IT : Baca Pesan Yahoo! Messenger Tanpa Login

Sejak tersiarnya tutorial Yahoo! Mesenger 8 Multilogin tempoh hari, banyak soalan yang berhubung kait dengan Y!M ana terima. Alhamdulillah, seperti biasa ana cuba jawab semampu yang boleh. Masih dalam proses belajar.Ok, pada kali ini, kita akan rungkaikan masalah kehilangan offline message Y!M.

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini? Permasalahan ini seringkali timbul di saat talian internet yang lembap dan seterusnya menyebabkan Y!M anda crash ketika login. Tetapi jangan khuatir, sekarang ana akan memperkenalkan satu alat ajaib yang dapat menghalang mesej-mesej yang diterima daripada ditelan oleh komputer lantaran masalah yang timbul semasa login Y!M. Diperkenalkan Yahoo! Messenger Archieve Reader.

Pada prinsipnya, alat ini berfungsi untuk membaca setiap pesanan Y!M yang tersimpan setiap kali anda login. Jadi, untuk tutorial pada kali ini, sahabat-sahabat hanya perlu download software ini DI SINI. Setelah anda selesai download dan install Archive_Reader.exe tersebut, secara automatik anda akan ditunjukkan pesan-pesan rahsia yang tersimpan di dalam komputer anda tanpa perlu login Y!M anda. Sila lihat contoh diatas. Pesanan tersebut adalah meliputi simpanan mesej anda dan juga kiriman mesej daripada teman-teman yang lain.

Dengan adanya software ini, kehilangan offline message tidak lagi menjadi masalah yang perlu difikirkan. Cukup sekadar membacanya di Y!M Archive Reader tanpa perlu login Y!M anda. Ok, selamat mencuba. Sebarang masalah sila ajukan terus ke Y!M ana. Wallahua'lam.

Download Yahoo! Messenger Archive Reader

p/s: untuk proses download file, jika timbul masalah pada browser Mozilla Firefox, sila beralih ke browser Internet Explorer.


Kajian : DAJJAL Pertama Sudah Muncul ???

Kajian : DAJJAL Pertama Sudah Muncul???

[ kredit oleh AzharAhmad , semalam ana peroleh maklumat ini daripada saudara irfan. Kesahihan samada Sai Baba adalah DAJJAL yang dimaksudkan masih dalam kajian. Jika tidak benar sekalipun, anda tidak boleh memejamkan mata kerana dilaporkan pengikut Sai Baba sudah mencecah berjuta-juta orang di seluruh dunia termasuklah di Indonesia. Sila ambil perhatian !!! ]

Emel ini dalam Bahasa Indonesia.

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya
India Selatan.

Rasulullah saw pernah bersabda: " Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi)"

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:

"HariKiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Bisa jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as).

wallahu al'am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi
belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari
berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting…" (HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

Apapun, merujuk buku Syaikh Nashiruddin Al-abani, kisah Sai Baba ini, ada beberapa kejanggalan:

1. Diterangkan dalam hadits bahwa Dajjal buta sebelah seperti buah anggur tidak diterangkan bahwa matanya sembuh, sedangkan Sai baba matanya sembuh.

2. Diterangkan dalam hadits diantara kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang beriman sedangkan Sai baba tidak ada.

3. Diterangkan dalam hadits Dajjal tinggal 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1
hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari
berikutnya seperti hari biasa. Kalau memang Dajjal telah ada yang dinamakan Sai Baba kenapa hari hari yang kita lalui normal normal saja.

Walau apapun, wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya. Pergunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah dengan sebaik-baiknya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal."

Hendaknya ia berkata :

'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

Komen Azhar Ahmad :

Seterusnya saya mencari dan menjumpai.

"Sathya Sai Baba (born Sathyanarayana Raju on November 23, 1926,[1][2] or later than 1927 — with the family name of "Ratnakara") is a South Indian guru, religious leader, orator and philosopher[citation needed] often described as a godman[3][4] and a miracle worker.[5][6] According to the Sathya Sai Organization, there are an estimated 1,200 Sathya Sai Baba Centers in 130 countries world-wide.[7] The number of Sathya Sai Baba adherents is estimated sometimes as around 6 million, and followers cite "50 to 100 million".[8]"

Subhanallah, ramai sekali pengkutnya, sedangkan umat Muhammad semakin terhakis imannya….

Sambung bacaan anda di http://en.wikipedia.org/wiki/Sathya_Sai_Baba.

Komen Irfan :

Minta dijauhkan dari pendustaan Dajjal. Semoga umat Islam lebih peka dan tidak terus "dibutakan" oleh pendustaannya.

Komen saya :

Menjadi kewajiban bagi setiap muslim untuk menghulurkan tangannya kepada kelompok (firqah) yang berpegang teguh dengan ajaran Islam untuk menghadapi kembalinya fitnah dan bahaya bala. Kelompok ini seperti disabdakan oleh Rasulullah s.a.w akan selalu ada dan akan selalu muncul untuk menyokong kebenaran hingga yang terakhir dibunuh Dajjal.

SEKADAR SUATU KAJIAN. JIKA SAHABAT-SAHABAT MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERGUNA TENTANG SAI BABA, BOLEHLAH DIKONGSI BERSAMA.
HANYA ALLAH YANG MENGETAHUINYA. WALLAHUA'LAM



Sunday, June 03, 2007

Cerpen : Secerah Mentari

Cerpen : Secerah Mentari

Ya Allah, tersentuh hati lelakiku membaca cerpen secerah mentari ini. Jika mentari mampu menerangi seluruh alam, secerah mentari pula datang menyerikan hati-hati hambaNya yang lalai. Kita selalu lupa hakikat diri kita yang sebenar. Pesona dunia telah menarik jutaan manusia ke dalam lembah kealpaan. Di kala kita lupa, kita sentiasa membelakangkan arahan Allah. Bila kesusahan yang menjemput diri, mulalah kita merayu dan mengadu belas kasih Allah. Ya Allah, jutaan terima kasihku hulurkan atas sifat PenyayangMu yang tega melayan sikap 'keanak-anakan' kami. Sahabat-sahabat, bacalah sampai habis, kalau terkena batang hidung sendiri, terimalah seadanya yang kita memang seorang hamba yang sudah lupa diri dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Bertaubatlah.



'Astaghfirullahalazim!!' istighfarnya berulang kali.

Suara itu sungguh jelas, cukup kuat untuk membangunkannya dari tidur yang kurang lena. Dikesati peluh di dahi. Panas suam-suam. Malam itu malam yang panas, sepanas waktu siang yang dipancarkan dengan terik matahari. Kepanasan itu mengigit tubuhnya dengan suara-suara bisikan yang acapkali bertandang di telinga. Membangunkannya tika lena, menyentaknya tika jaga. Dia bingkas bangun. Segelas air dituang dan dihirup. Dengan pantas memori setahun yang lampau berombak kembali ke minda. Mata berkilas ke sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran di meja. Sekeping tiket yang menjadi passport kemasukan ke sebuah majlis makan malam. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar Malaysia di Turki itu, bagai tidak menarik perhatiannya. Bukan sahaja kurang berminat, malah terbit perasaan bercampur baur yang menyesakkan dadanya. Antara ketakutan ,kerisauan dan ketidak pastian beradun bersama nafasnya di saat itu. "Dani..oi Mat Dani!Meh sini jap!'

'Apa dia Yop?'

'Kalau ko join kitorang arrange bahagian performance mase dinner nanti ok tak?'

'Errr… aku mana tahu Yop. Haiyaa… takde orang lain ker?' Dia mengelak.
Ayub menjawab dengan nada yakin. 'Alaa…, kerja
simple je. Kau pilih orang untuk perform, lepas itu, kau bagi briefing sikit. Kau tengok-tengok macam tu je. Pastikan semua orang ikut jadual latihan. Kacang jekan?'

Dia termangu sejenak, berfikir.

"Hurmm, kalau camtu, aku layan jela. Kau punya pasal!' Ayub kegembiraan di saat dia menyatakan persetujuan itu. Dia terasa bebanan di otak Ayub sebagai pengarah majlis makan tahunan itu berkurangan.

"Kenapa kau ambil tugasan tu??!!"

Persoalan itu menghujam fikirannya yang kematu.

Ahhh!!! Mahu sahaja dia berteriak ke luar angkasa bagi meleraikan keserabutan di fikirannya.

Pergi kau! Pergi!!!!!! Nyah!!!!

Kini, disebabkan peranan yang dia anggap mudah itu, bermulalah episod-episod baru dalam majlis keramaian dan persembahan di dalam masyarakat pelajar Malaysia di Turkey itu. Memang benar, tugasan sebagai ajk persembahan memang mudah. Kerjanya cuma memilih para performer yang minat untuk membuat persembahan. Ada yang menawarkan diri untuk mengambil pos penyajak, pelakon, nyanyian,kugiran malahan tarian!

Namun yang menggusarkan hatinya adalah apabila dia terpaksa membuat keputusan di dalam pemilihan penari-penari yang akan beraksi di atas pentas yang bakal dihadiri oleh para diplomat dan juga warga asal Turkey itu. Tidak ketinggalan seluruh pelajar Malaysia di negara sekular Turkey yang dijemput ke majlis keramaian tahunan itu. Majlis yang diadakan secara besar-besaran sambil mengutip derma itu perlu dilakukan dengan cara paling baik, kerana melambangkan betapa berprestijnya masyarakat Malaysia di depan mata dunia! Bangganya dia menjadi orang penting di dalam majlis yang mampu memartabatkan maruah bangsa dan negaranya! Padanya, dia hanya mahu membuat pilihan yang tepat. Mahu menonjolkan yang terbaik tentang Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Termasuklah di dalam aspek tarian. Tarian Melayu, Cina dan India sangat banyak ciri kesenian dan keindahan budaya yang tidak terdapat di dalam masyarakat Turkey di sini. Tentu perbezaan ini akan menarik minat mereka tentang Malaysia dan memperkayakan pengetahuan mereka tentang sebuah negara kecil yang pesat membangun. Dia mahu para penonton itu kagum melihat budaya Malaysia, kagum melihat keindahan seni Malaysia. Tentu mereka merasakan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang moden, yang mengikut peredaran zaman. Apa salahnya jika dia mahu menunjukkan pada mereka akan tarian orang Malaysia juga?

"Danial, awak rasa tindakan awak itu betul ke?' Humaira, seorang wanita yang wara' menegurku dengan baik. Dia merupakan seorang wanita muslimah Turkey yang terselamat dari barah sekularisme Turkey. Walaupun hijab diharamkan di Turkey, tapi dia tetap tegar dengan busana muslimahnya. Ditegurnya aku di saat dia melihat warga performer berlatih di dewan makan di pusat penginapan mereka. Begitu terkejut dia melihat rakan-rakan Melayunya yang kesemuanya Muslim sibuk berdandan dan melakukan tarian yang mengejutkan aksinya. Muzik yang dipasang ketika itu juga janggal pada telinganya.

'Apa maksud awak Humaira?' tanyaku penuh hormat.

Dengan wanita sesolehah itu, tidak mampu dia bertentang mata dengannya mahupun meninggikan suara. Di sebelah Humaira ada beberapa rakannya yang menemani perbualan mereka itu. Tidak mahu antara mereka berdua, warga asing ketiga yakni syaitan yang menemani.

' Saya nampak tujuan Danial yang mahu mempamerkan sosio-budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Tujuan yang tidak salah pada saya, walaupun pada saya, ada cara lain yang boleh dibuat untuk menunjukkan kebudayaan masyarakat Malaysia selain daripada membuat persembahan ini. Namun saya tahu, Danial hanya mengikut arahan, namun tidakkah boleh jika diubah supaya rakan-rakan muslimah kita tetap terpelihara daripada tontotan umum kaum Adam?'

'Tapi ini bukan program Islamik, Humaira. Ini program internasional melibatkan semua kaum. Bukan sahaja wanita muslimah yang akan membuat persembahan, tapi warga Cina dan India juga.'

'Saya faham itu. Saya tahu yang menontonnya juga adalah lelaki muslim. Tentu sahaja kamu berhujah, jika kaum wanita bukan Islam boleh menari, kenapa tidak orang Islam sendiri bukan?'

Dia masih tunduk memandang lantai. Dia memang segan dengan Humaira kerana kewarakan dan juga susunan bicaranya yang teratur. Jika yang bercakap dengannya sekarang ini adalah pelajar Melayu, mesti boleh dipatah-patahkan hujahnya dan tentu sahaja dia akan menang. Tetapi dengan Humaira, dengan bahasa Turkeynya yang tunggang langgang, masakan mampu dia melawan muslimah seikhlas itu?

'Saya tahu kamu hanya menurut arahan, tapi kamu boleh bawa perubahan itu. Tidakkah kamu sedar jika tahun ini tarian itu dipersembahkan oleh wanita muslimah yang kamu masih boleh pelihara maruhanya, kemungkinan pada tahun-tahun mendatang, acara yang sama akan berulang. Malah akan lebih dahsyat lagi!'

Dia masih diam . Mahu mengumpulkan kekuatan untuk berbicara.
'Apa yang dapat saya lakukan Humaira? Jika tiadanya mereka, takkan adanya tarian zapin Melayu yang telah pun diletakkan dalam tentatif program .Tiada adanya tarian mak yong. Tidak akan adanya silat. Maka bagaimana mampu majlis itu berlangsung dengan baik sedangkan itu perlu ditonjolkan dalam setiap persembahan Malaysia?'

Sambil menarik nafas dia menyambung.

' Apa yang mampu saya lakukan?Mereka sendiri rasa seronok untuk mempersembahkan tarian-tarian itu!'

' MasyaAllah! La haula wala quwwata illa billah! Sepatutnya kamu lebih sedar dan peka akan isu ini. Kamukan orang Islam! Kamu berasal dari Malaysia seharusnya kamu lebih tahu tentang Islam dariku. Saya banyak belajar dari buku berbanding kamu tapi saya tahu perbuatan membiarkan wanita muslimah kita menonjolkan diri mereka menerusi tarian yang diperhatikan oleh kaum Adam yang tentunya seronok memerhatikan lenggoknya tubuh wanita menari di hadapan mereka adalah haram. Tidakkah kamu suka juga memerhatikan mereka menari?'

Dia masih tunduk malu. Mahu dia katakan tidak. Tapi fitrah lelakinya tidak dapat menafikan betapa seronoknya dia melihat perempuan-perempuan yang cantik menari di hadapannya.

'Danial, demi Allah. Tanyalah iman di dadamu! Adakah mahu engkau membiarkan wanita muslimah itu dihinakan di hadapan lelaki yang tiada imannya? Bagaimana kamu dapat memelihara pandangan lelaki daripada melihat wanita jika mereka ditonjolkan di hadapan mereka? Tidakkah kamu baca firmanNya ' Katakanlah kepada lelaki yang beriman , tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka.' Katakanlah kepada perempuan yang beriman, tundukkkanlah pandangan mereka , pelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa terlihat pada dirinya. Hendaklah mereka pun menutupkan kain tudung melabuhi dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, ayah mereka, mertua laki-laki mereka, anak-anak kandung mereka, anak-anak tiri mereka, saudara laki-laki mereka, anak saudara mereka (dari saudara laki-laki mereka), saudara perempuan mereka, anak saudara mereka (dari saudara perempuan mereka), wanita-wanita Islam, budak-budak yang mereka miliki, pelayan laki-laki yang tidak lagi memiliki hasrat seksual atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita?'( An-Nur:30-31)

Petah sekali Humaira membacakan ayat suci Al-Quran itu dengan bahasa Arab yang fasih. Dia masih ingat akan ayat itu. Ayat yang diajarkan kepadanya suatu ketika dahulu tatkala diperingatkan untuk menjaga batasan pergaulannya dengan wanita. Tapi mengapa ayat itu sudah kurang bergetar pada hatinya kini? Sudah malapkah cahaya iman di hatinya?

'Tapi Humaira', mereka yang mahukan sendiri. Saya tidak paksa!' Dia masih mahu menyelamatkan diri.

'Kamu seorang lelaki, seharusnya kamu mampu menasihati mereka. Bukankah dalam sebuah hadis, Ummu Salamah pernah berkata, "Aku pernah duduk di samping Nabi saw dan Hafsah, lalu datanglah Ibn Ummi Maktum-dan beliau seorang sahabat Nabi yang buta- meminta izin untuk masuk ke rumah baginda. Kemudian Nabi saw memerintahkan kami untuk memakai hijab. Aku bertanya kepada baginda, "Wahai Rasulullah, dia itu buta, tidak dapat melihat. ( Maka kenapa kami perlu tutup aurat?) " Baginda bersabda, "Apakah kalian berdua juga buta dan tidak melihatnya?" . 'Jika seorang sahabat baginda yang buta pun seorang muslimah itu harus memelihara aurat dan perilakunya, maka bagaimana pula seorang muslimah di hadapan ratusan lelaki yang celik matanya? Walaupun mereka semuanya berhijab nanti, tapi tentunya dengan perhiasan-perhiasan yang berlebihan serta pakaian yang cantik akan memukau penonton yang melihat. Tentunya lenggak lengguk si penari akan mengiurkan mata-mata yang melihat dengan pandangan hati yang bernafsu! Tegarkah kamu jika kamu melihat wanita seaqidah denganmu dijadikan begitu rendah nilainya sehingga dipertontonkan sekian rupa?'

Dia masih bisu. Terpukul dengan kata-kata Humaira yang bagaikan panah yang tajam mengenai kalbunya. Dia tahu itu semua! Dia tahu! Tapi apa yang boleh dia buat untuk menangkis kehendak rakan muslimahnya sendiri yang sangat beriya-riya untuk menari. Mereka sendiri sangat seronok untuk memasuki acara itu. Bagaimana dia dapat menghalang mereka?

Dengan penuh kekuatan dia menjawab lemah, ' Apa yang saya perlu lakukan sekarang Humaira?'

Dengan tenang Humaira menjawab. 'Kamu sudah tahu peranan kamu dan kamu tahu perkara itu adalah salah. Maka lakukan sesuatu untuk mengelakkannya berlaku!'

Humaira berlalu pergi bersama teman-temannya, meninggalkan dirinya termangu-mangu berfikir sendirian. Dia malu pada Humaira, wanita Turkey yang baru sahaja mengenakan busana muslimah setahun dua, yang baru mengenali Islam, lalu mengamalkan Islam sepenuh hatinya. Bagaimana dengan dirinya? Dirasakan ilmunya hanya berputar di buku nota dan bibirnya semata.

Dia memandang langit yang hitam pada malam hari itu.

Ya Rabb! Berikan hatiku cahaya untuk melihat kebenaran dan kekuatan untuk berkata-kata di hadapan sahabatku …..

Dia faham, sahabar-sahabatnya sangat berbakat dalam bidang kesenian. Dia tahu mereka mahu mengekspresikan diri mereka dalam tarian itu. Bila lagi masanya untuk menunjukkan potensi diri jika bukan di dalam majlis yang hanya setahun sekali dibuat itu? Dia menyandarkan diri di balik dinding. Mengeluh panjang… Bukankah dahulu ada orang mencadangkan untuk diadakan 'Pesta Makanan Malaysia'? Pesta yang tentunya tidak akan menimbulkan konflik yang berlaku seperti di saat itu. Tentunya lebih seronok. Di samping pesta makan, tentu sahaja dapat dibuat pameran-pameran, petunjukkan yang ringan, dan juga tayangan video tentang Malaysia. Tentu majlis akan lebih terpelihara dan mengurangkan fitnah. Dia pun terfikir mengapa anjuran itu tidak dijalankan?


Dia pernah terbaca sebuah hadis yang berbunyi, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama yang lain dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

Akukah yang membiarkan umat Islam itu dilalaikan dengan muzik dan juga nyanyian wanita?

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Akukah yang membenarkan wanita-wanita itu memakai pakaian yang berlebihan? Membenarkan mereka bermake-up berlebih-lebihan? Dan membenarkan mereka mencantikkan wajah dan tubuh mereka di hadapan lelaki bukan ajnabi mereka?

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


Akukah yang menjadi punca maksiat kepada umat Muslim di sini? Akukah yang membenarkan mereka memperlakukan diri mereka sesuka hati tanpa teguran?

Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Bagaimana mungkin penonton lelaki menundukkan pandangan di sepanjang majlis itu? Mustahill! Tentu mereka mahu melihatnya sehingga habis! Ya Allah!! Berdosanya aku!!! Apa yang boleh aku lakukan Ya Rab!

Bagaimana dapat aku mencegah kemungkaran ini?

'Ustaz, ana dah tak tahu nak buat apa ustaz….' Dia menangis di balik gagang telefon ketika dia menghubungi guru lamanya di sekolah, menceritakan bebanan yang berat di dadanya. Di bumi Ankara ini, siapa yang dapat menjadi tempat rujukannya? Siapa yang dapat betul-betul memahami isi hatinya? Di sini , para pelajarlah yang paling tua di antara mereka. Tidak ada ustaz, tidak ada guru sebagai rujukan.

'Sabar Dani. Ada hikmah di sebalik peristiwa ini.Ustaz yakin banyak benda yang Dany belajar dari episod hidup inikan?'

'Ana rasa sangat berdosa ustaz. Majlis itu dah habis dah pun. Tapi ana tak dapat mencegah perkara itu dari berlaku. Nanti dosa-dosa semua akan dapat pada ana ustaz! Apa boleh ana buat?'

'Istighfar Dany. Istighfar. Allah itu Maha pengampun. Tidak ada dosa yang tidak akan diampuninya. Yakinlah. Dany dah buat apa yang Dany mampu, betulkan? Dany sudah menegur mereka. Memberi mereka cadangan untuk menukar tarian tersebut. Mencadangkan supaya diadakah upacara lain ,upacara nasyid dan upacara yang tidak mendedahkan aurat wanita dan melibatkan pencampuran lelaki dan perempuan, semuanya itu mereka tak nak terima bukan?'

Senyap. Hanya dengusan nafas yang berbunyi.

'Dany dah buat apa yang Dany mampu. Pada pendapat ustaz yang tak maksum ini, perkara ini berlaku kerana satu asbab'.


Dia mendengar penuh khusyuk.
'

Dan perkara ini bukan sahaja berlaku di Turkey, malah di semua tempat yang hidupnya manusia ini. Iaitu kerana Islam dan iman masih belum masuk ke dalam hati mereka, umat Islam. Kerana tiadanya perasaan bahawa perkara itu berdosa. Tidak merasakan bahawa apa yang dipamerkan itu bukannya Islam. Malah sebenarnya itu adalah budaya jahiliyah! Apabila seseorang itu tidak merasa bangga dengan Islam, malah merasa lebih cintakan negara berbanding Islam, sebab itulah orang sukar nak faham kenapa persembahan seumpama itu , yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan serta menonjolkan aurat wanita di hadapan lelaki tidak dibenarkan oleh Islam. Apabila tujuan kita membuat satu persembahan itu hanya kerana untuk menunjukkan 'kemalaysian' kita bukan keIslaman kita! Tentunya sukar orang nak faham kenapa kita perlu menjaga batasan di dalam majlis sebegitu. Islam belum masuk ke dalam hati mereka. Terlalu banyak kefahaman yang masih belum tertanam di hati mereka!Hati dan perasaan mereka masih belum tunduk kepada Islam tetapi tunduk kepada hawa nafsu mereka!'

'Tapi itulah ustaz, kitakan masyarakat majmuk. Kita tidak mahu menonjolkan sangat bahagian Islam itu sangat. Nanti ada orang bukan Islam akan terasa atau mahu mempamerkan agama mereka'

'Dah tu? Kenapa nak dibuat juga? Dapat pahala ke kalau buat?'

Dapat pahala? Fikirnya. Tak pernah difikirnya boleh ke buat persembahan itu dapat pahala.. Nak niat kerana Allah pun malu. Sebab dia tidak merasakan apabila melakukan persembahannya itu menambahkan iman dan taqwa kepada ALlah. Berlainan jikalau memang persembahan itu dilakukan untuk menarik orang kepada Islam, hanya dilakukan berasingan lelaki dan perempuan, agar terjaga batas-batas pergaulan di dalam majlis, mungkin dapat dibuatnya secara ikhlas.

' Bagaimana ustaz nak buat? Pening kepala ana ini ustaz.'

'Tak apa Dany. Yang sudah itu biarkan. Yang penting sekarang kene berikan kefahaman kepada rakan-rakan tentang Islam. Apabila seseorang itu faham tentang Islam, tentu dia bangga dengan Islam dan mahu beramal dengan Islam. Tentu tak perlu cakap pun, dia tahu, kalau majlis yang bercampur lelaki perempuan itu salah. Tentu dia merasa malu malah berdosa jika dia melakukan persembahan di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya. Yang penting kena tanamkan iman, kene berikan kefahaman. Kita tidak boleh paksa orang mengikuti Islam tanpa dia merasai manis dan indahnya Islam itu. Apa yang terjadi pada umat Islam sekarang adalah kerana jahilnya mereka tentang Islam bukan kerana jahatnya hati mereka! Kene suburkan iman dan taqwa di hati sahabat-sahabat. Ustaz tahu susah untuk Dany, tapi insyaallah, jika dimulakan sekarang, lama-kelamaan orang akan sedar juga.'

Dany mengangguk setuju, menelan air liur yang kelat. Dia tahu perjalanannya sukar. Tidak ramai orang sukakan usrah, tidak ramai juga suka akan program-program keagamaan. Tapi sepertinya juga, jika seseorang itu faham Islam, dia akan mampu mengubah seluruh dunia ini, malah dia akan meninggalkan segala perkara bukan Islam dan benar-benar meletakkan cintanya kepada Allah semata-mata!


'Dany, ko ada dengar cerita tak?' Rahim bertanya kepadanya seusai dia menamatkan perbualannya dengan ustaznya itu.


'Apa dia?'


'Dengarnye, diorg nak buat belly dancing untuk dinner tahun ni..
Pergh.. gile betul!, dah nak jadi ape aku pun tak tau!"

Dia merasakan seolah-olah langit menghempap berat mukanya ketika itu. Dia merasakan mindanya berputar-putar dengan hebat. Ya Allah, apa sudah terjadi? Yang dia ingat di tika itu, matanya berpinar-pinar. Terasa gelap seluruh pandangannya. Terasa sakit seluruh sendinya di saat bertemu lantai batu yang sejuk. Dan dia masih ingat Rahim terus menerus memanggil namanya. Tapi dia tak mengerti apa perkataan sahabatnya setelah itu…


Buat sahabat seperjuanganku, jangan gentar dan goyah dalam menegakkan yang hak. Jahiliyah pastikan runtuh dan al-haq pasti akan tertegak! Ujian dan rintangan akan sering menghambat kita, namun tegarlah bersama al-haq, dan peganglah tali Allah dengan sekuat-kuatnya. Nescaya kamu akan sentiasa dibimbing olehNya, Insyaallah!

'Barangsiapa yang engkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia berpegang terus pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus'. (2:256)



KREDIT : iluvislam