Sunday, March 25, 2007

assalamualaikum

welcome all of you.. nice to meet you all.. hope can meet u all in my main page --> jundumay.blogdrive.com ..see u there

Hukum lelaki pakai emas


  Agama : Hukum lelaki pakai emas ?




" Kamil, apa hukum lelaki pakai jam tangan emas? " tanya seorang sahabat.

Untuk sahabat yang berkenaan, demi memastikan hukumnya ana telah mengajukan soalan ini kepada beberapa orang ustaz.

" Emas bagi lelaki adalah haram dalam semua keadaan. Samada cincin, jam tangan atau sebagainya yang diperbuat  daripada emas, lelaki haram memakainya.


Sambungnya lagi, bagi perempuan emas dibolehkan untuk dijadikan "perhiasan" tetapi haram sebagai "alat". Perhiasan yang dimaksudkan oleh ustaz tersebut adalah berupa hiasan seperti gelang, rantai dan cincin. Manakala alat pula merupakan barangan seperti bingkai cermin mata dan tali pinggang " kata ustaz.

Diharap titipan yang tidak seberapa ini dapat merungkai permasalah hukum berkaitan emas tadi. Sebarang kesilapan ana pohon maaf dan diharap sahabat-sahabat dapat memperbetulkannya. Wassalam




Tuesday, March 06, 2007

PUNK


  Isu semasa : Kenali  Punk




Bagi yang masih belum mengetahuinya, paparan terbaru Harian Metro hari ini bolehlah dianggap terlalu " eksklusif " untuk dibincangkan. Sekurang-kurangnya bolehlah juga menyedarkan pihak-pihak yang berkenaan tentang kebejatan masalah sosial di kalangan muda-mudi kita sekarang.

" Pengikut Punk tiada Tuhan, ada 'mukjizat': Tunjuk kuasa ajaib tawar cinta murahan kepada gadis lepasan sekolah "


Itulah kehebatan ahli-ahli punk sekarang. Memiliki mukjizat-mukjizat setanding Nabi lagaknya.Walaupun saya pasti bukan semua ahli Punk berkelakuan sedemikian,tapi secara umumnya itulah gambaran hodoh PUNK. Mendustakan kebenaran hari kiamat dan memperhambakan gadis-gadis untuk dijadikan pemuas nafsu. Persoalannya, siapa yang bersalah ? Inilah silap kepimpinan kita, terlalu mendewakan barat. Tengoklah rancangan-rancangan TV sekarang, banyak yang
" copy paste " dari Barat. Fikir-fikirkanlah.