Wednesday, February 28, 2007

Blog : Kearah Menjana Idealisme melalui Penulisan Blog.

Assalamualaykum wbt..

Tahukah anda Revolusi Teratai Puteh di negara China hasil daripada nota-nota kecil yang ditanam dalam kuih bulan yang dijual kepada seluruh rakyat China. Apabila rakyat China faham (isi kandungan nota-nota kecil) , gelombang rakyat memuncak.


Ungkapan fakta di atas cukup menarik perhatian saya untuk mengajak rakan-rakan untuk mekaji kaitan fakta di atas dengan artikel pengenalan Siri Tekno Daie – Diskusi Blog yang di kendalikan oleh saya dalam ruangan ini..

Jelas apabila kita memahami dari tindakan Revolusioner Teratai Putih itu, yang hanya menggunakan nota-nota kecil untuk menyebarkan idealisme kepada rakyat... cuba bayangkan , jika kita memanfaatkan penulisan blog yang sarat dengan isi idealisme segar dan positif seorang mahasiswa...........sebagai contoh , penulisan kearah membina Mahasiswa yang mempunyai jatidiri, ciri sahsiah muslim cemerlang, siri pengembaraan dan kajian tamadun (seperti GPTD) , dan pelbagai topik yang hanya dengan menulis dan menyiarkannya di blog..... berbagai lapisan masyarakat akan membacanya dan memahami isi kandungan penulisan anda atau mungkin penulisan anda akan menjadi rujukan panduan....



Dunia Blog

Kecanggihan dunia teknologi maklumat hari ini telah memungkinkan banyak perkara. Selain saling berhubung dengan menggunakan mel elektronik ataupun e-mel, pengguna juga boleh memiliki laman web sendiri sama ada secara percuma ataupun berbayar.

Dan kini wujud fenomena baru dikalangan generasi muda di dalam dunia ICT yang dipanggil weblog. Bukan mudah untuk menerangkan apa itu weblog ataupun blog kepada mereka yang tidak celik ICT (Information & Communication Technologies) .

Secara istilah, weblog bermaksud log ataupun buku log (buku yang saya jadikan catatan nota semasa di bangku menengah) yang ditulis menggunakan laman web tertentu samada dari perkhidmatan blogger, blogsome, blogdrive dan lain-lain. Dari situlah datangnya perkataan weblog.

Ia boleh dianggap sebagai menulis catatan ataupun diari secara online. Catatan tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja setelah penulis blog tersebut memilih untuk menyiarkan blog tersebut di lamannya.Kewujudan weblog telah menimbulkan semula minat menulis di kalangan kumpulan tertentu khususnya generasi muda.

Agak ramai penulis dikalangan aktivis gerakan mahasiswa mahupun penulis sastera mutakhir yang telah memiliki blog sendiri. Antara yang dapat dikesan ialah http://hilmimadani.blogspot.com (Hilmi Ramli Presiden PKPIM) http://gptd.blogspot.com (Juifitri Joha-ABIM),
http://tehranifaisal.blogspot.com Faisal Tehrani, Saifullah Al-Maslul (www.saifullahzulkifli.blogspot.com) , dan lain-lain lagi.



Generasi Muda Dan Blogger
Internet merupakan salah satu medium komunikasi yang semakin popular di negara kita. Selaras dengan hasrat dan impian kerajaan untuk menerapkan budaya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di kalangan rakyatnya, laman-laman web serta portal yang dicipta oleh warga tempatan juga wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Budaya ICT kini telah menular di kalangan generasi muda khususnya remaja dan mahasiswa kita dan ia seakan menjadi trend masa kini. Mereka bukan sahaja mencipta lawan web sendiri, malah ada juga yang menjadikan kemahiran tersebut bagi menambah pendapatan.

Begitupun, untuk memiliki sebuah laman web sendiri memerlukan kos yang agak tinggi. Alternatifnya, remaja boleh mencurahkan idea penulisan mereka melalui blog di laman web yang amat popular masa kini.

Jika dahulu media cetak seperti akhbar dan majalah menjadi tumpuan remaja berkarya dan meluahkan pendapat, kini mereka memilih untuk menggunakan penulisan dalam blog. Ia popular kerana ciri-cirinya yang cepat, mudah serta skopnya yang meluas.




Kreativiti penulis Blog

Tidak ada garis panduan tentang apa yang boleh ataupun tidak boleh ditulis di dalam sesebuah blog. Ia sebuah wadah bebas yang tidak mengehadkan sama ada bentuk tulisan, kandungan yang ingin ditulis ataupun panjang setiap tulisan yang dipanggil entri.

Setiap blog mempunyai tema-tema tertentu bergantung kepada kehendak setiap pemiliknya. Ada yang hanya melaporkan hal-hal yang berlaku sekeliling dirinya. Tidak kurang juga melaporkan semula apa yang telah dilaporkan oleh akhbar utama tetapi ditambah dengan komentar peribadinya. Ada yang memilih untuk bercakap darihal bidang tugas hakikinya setiap hari. Terdapat juga penulis blog yang mengutarakan hal penulisan kreatif.

Mereka juga tahu bahawa tulisan mereka ini boleh dibaca oleh pelawat-pelawat yang singgah di blog mereka.



Kemahiran Menulis melalui Blog
Menulis adalah kerja yang berterusan dan memerlukan banyak latihan. Seorang penulis yang tidak bercadang untuk menghasilkan sebarang karya masih wajib menulis setiap hari.

Ini akan meningkatkan kemahiran menulis supaya penulis tidak hilang bakat dalam penulisannya. Menulis blog menjadi alternatif dalam bidang penulisan kreatif (sebagaimana yang dilihat dari contoh-contoh blog di atas). Pemilik-pemilik blog boleh meneruskan kemahiran berbahasa dalam setiap entri seolah-olah mereka sedang menulis sebuah karya untuk dihantar ke media cetak.

Blog juga boleh disemak dan diedit semula walaupun setelah disiarkan oleh pemiliknya.

Kebanyakan nama penulis blog yang telah disebutkan terdahulu memilih gaya penulisan dalam bahasa yang terkawal walaupun isi entrinya agak santai. Selain daripada memasukkan maklumat terkini tentang dunia penulisan mereka, penulis blog juga membuat komentar terhadap mana-mana isu yang wajar disentuh.

Bergantung kepada populariti setiap blog, ada sesetengahnya yang mendapat lebih daripada 50 - 100 orang pelawat setiap hari.




Adab-adab menulis Blog Islamik

Saya begitu tertarik dengan nasihat seorang Ilmuwan negara, Prof Wan Mohd Nor Bin Wan Daud semasa belaiu menyampaikan ceramah Pengenalan Kursus pandangan Hidup Islam anjuran Akademi Pemikiran Pelajar Islam Malaysia – PKPIM pada 6 Januari 2007 yang lepas, beliau telah menjawab satu persoalan tentang bagaimana adab seorang yang ingin menulis tentang isu agama di blog dengan berpandukan hadis dan al-quran tetapi tidak mahir dalam ilmu alat seperti bahasa arab dan sebagainya lebih-lebih lagi apabila melihat isu agama yang diutarakan dalam sebahagian penulis-penulis blog berkisar kepada pemikiran taqlid, tajdid, liberal dan sebagainya.

Beliau menjawab ,
Yang paling utama adalah ilmu pengetahuan, dan ilmu pengetahuan itu bukan datang sertongkol tetapi datang sedikit demi sedikit. Jadi bila kita tahu sedikit, jangan membuat kenyataan yang terlalu besar-besar...contohnya isu mentakfirkan, memurtadkan orang... jadi lebih baik kalau kita belum ada ilmu lagi, kita mendalami sedikit lagi...dan jika mahu menulis pun , penulis perlu letakkan hujah2 yang paling baik dan bersedia untuk diperbaiki.


Prof juga ada memperingati audien pada malam itu terutamanya penulis blog agar berhati-hati dalam menulis blog kerana pada pengamatan beliau, penulis yang menulis di blog , menurut beliau bila kita menulis di blog, kita akan terlalu cepat menulis, dan kalau kita membuat silap , ia terlalu cepat menyebar....

Beliau menyarankan,
jika ingin juga menulis di blog, tulislah sesuatu yang mudah-mudah seperti pengalaman peribadi ataupun boleh mengutip pandangan orang-orang yang lebih besar (seperti ulama muktabar), contohnya jika anda ada membaca buku yang baik , anda kongsikan buku itu dengan rakan-rakan blogger yang lain dengan cara mengutip semula (penulisan) atau mengambil ”paragraph”nya. Supaya anda menunjukkan kepada sumber-sumber yang muktabar, bukan dengan membuat pandangan sendiri.


Kebebasan Menulis

Tidak dinafikan juga terdapat penulis blog yang menulis dalam bahasa rojak ataupun bercampur aduk antara pelbagai bahasa dalam satu ayat. Ini salah satu kelemahan blog lantaran tiada editor yang boleh membetulkan keadaan ini. Pun begitu, berbalik semula pada konsep blog yang bebas, perkara sebegini tidak dapat dielakkan.

Dari aspek keselamatan pula, menulis di dalam blog pula memudahkan orang lain menceduk idea ataupun menyalin terus isi –isi artikel yang telah ditulis. Pada pandangan saya, penulis seeloknya menyiarkan karya ataupun tulisan yang telah tersiar di media cetak dengan menyatakan sumber. Ini kerana, walaupun setiap artikel yang disiarkan di blog merupakan hak cipta penulisnya, seorang penulis blog juga harus mengambil sikap berhati-hati.

Penulis muda yang mahu berjinak-jinak dalam dunia penulisan sewajarnya mengambil peluang memiliki blog sendiri. Kini banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog secara percuma. Sebagai contoh, www.blogger.com (yang menjadi pilihan saya) memberikan penerangan langkah demi langkah untuk memiliki blog.

Konklusi Sudah tiba masanya penulis-penulis muda khususnya di kalangan mahasiswa untuk mula menggunakan mekanisme terbaru ini dalam menyampaikan idealisme kepada masyarakat dipelbagai lapisan supaya perkembangan sistem teknologi melalui penyertaan mahasiswa menjadi seiring dengan kemajuan negara yang dikecapi.



[ EHSAN FAIZULAFZAN@BLOG ]

Monday, February 26, 2007

YOUTUBE: GOOGLE BELI RM6.27 BILLION

Enjin Pencari terkenal, GOOGLE telah membeli youtube.com dengan harga US$1.65 Billion (RM4.27 Biliion) - dalam usahanya untuk menguasai layanan video online.

YouTube merupakan tapakweb penyedia layanan perkongsian video secara online yang meningkat popularitinya saat ini meningggalkan pesaing-pesaing terdekatnya seperti Metacafe, Lulu, vSocial dan lain-lain.

Sejak Youtube dilancarkan 2 tahun yang lalu ia telah menyediakan 100 juta klip video.

Sementara GOOGLE pula merupakan tapakweb enjin Pencari yang sedang berusaha dan bersaing hebat untuk merebut takhta sebagai Enjin Pencari Terunggul yang kini dipegang oleh Yahoo.

Harga yang dibeli (RM4.27 Billion) jauh mengatasi harga Microsoft membeli Hotmail dari Sabeer Bhatia dengan harga US$400 juta pada tahun 1997 tetapi hampir separuh kurang dari harga pembelian Geocties oleh Yahoo pada tahun 1999 dengan harga US$3.6 Billion.



YOUTUBE diasaskan oleh tiga orang bekas pekerja PAYPAL yang pada waktu itu mengesani keperluan perkhidmatan melayani paparan dan perkongsian video di internet. Mereka akhirnya mendaftar nama youtube.com pada 15 Februari, 2005 dengan beribu-pejabat di San Mateo.



Dengan permulaan sasaran kepada kumpulan remaja, pelajar kolej dan para penggemar video, tiba-tiba youtube menjadi popular di kalangan kumpulan peniaga, eksekutif dan aeluruh pelayar internet. Dengan terdapatnya video-video muzik dari MTV, komedi, anime dari pelbagai pelusuk dunia yang dikongsi bersama oleh para pengguna internet, YOUTUBE menerima sejumlah100 juta pengunjung - yang mengangkatkan website mereka sebagai website paling pantas meningkat naik.



youtube



"YouTube mengembangkan platform yang kuat dan menarik yang melengkapi misi Google mengorganisir informasi dunia dan menjadikan informasi ini mudah diakses dan berguna secara universal,” kata Pengarah Eksekutif Google, Eric Schmidt dalam satu pernyataan tertulis.

Dia mengatakan kedua perusahaan adalah ‘rekan alamiah’ yang menawarkan jasa media hiburan kepada para pengguna, milik isinya dan para pemasang iklan.

Schmidt juga mengatakan kepada para pelabur bahwa YouTube akan menjadi ’satu dari banyak pelaburan’ yang direncanakan Google di bidang video.

Namun begitu, perusahaan ini akan tetap mengoperasikan jasa video Googlenya secara terpisah dari YouTube.

YouTube akan tetap mempertahankan namanya dan 67 staffnya, termasuk dua pendirinya Chad Hurley dan Steve Chen.

“Dengan bergabung dengan Google, kami bisa menikmati jangkauan global yang dimiliknya dan keunggulan teknologinya untuk memberikan pengalaman hiburan yang lebih lengkap kepada para pengguna dan menciptakan peluang baru bagi rakan-rakan kami”.


[ EHSAN WEB LPZH ]

harga sebuah akidah



" SYED " dan " PARK JI SUNG (bukan nama sebenar) " , 2 orang kawan korea yang baru ana kenal 2 hari lalu. Syed ialah seorang remaja yang sudah memeluk islam hampir 3 tahun. Dia merupakan seorang mahasiswa dalam bidang bahasa di salah sebuah universiti di Korea. Syed sudah hampir menguasai 5 bahasa termasuk bahasa malaysia. Manakala Park pula seorang dewasa yang baru belajar mengenali islam . Matlamatnya adalah untuk mencari kebenaran dalam beragama sebelum menganutinya. Park merupakan seorang penulis yang pernah melanjutkan pelajaran di Jerman. Kedua-duanya orang korea, yang membezakan mereka adalah AKIDAH.

Syukur kepada Allah kerana mempertemukan ana dengan mereka semua. Segala kesuraman hati ini seolah-olah sudah terubat dengan kehadiran mereka.

" Syed, boleh ceritakan bagaimana kamu memeluk islam ? " , membuak-buak perasaan ingin tahu dalam diriku.

" Masa saya sekolah menengah, mak ayah selalu ajak pergi gereja. Ayah dan mak saya seorang penganut Kristian yang kuat. Tapi waktu tu, berkat hidayah Allah, wujud perasaan sangsi dan keliru berkenaan ketuhanan Jesus dalam diri saya. Jesus cuma seorang manusia biasa, bagaimana dia boleh menjadi tuhan ? Bagaimana Jesus mampu menghapuskan dosa orang lain sedangkan dia pun tidak terlepas dari melakukan dosa ? Saya selalu beritahu mak ayah, yang patut kita sembah bukanlah Jesus, tapi suatu kuasa lain yang Maha Esa dan Maha Kuat. Sejak itu, saya mula mengenali Islam. Alhamdulillah, mak dan ayah tidak menghalang saya untuk menganut agama Islam. Sekarang saya tenang dengan kehidupan baru saya ", bicara Syed diselang senyuman yang penuh bermakna.

" Alhamdulillah,semuanya perancangan Allah. Jadi bagaimana dengan kehidupan Syed sekarang. Banyak berubah? "

" Ermm,mula-mula susah juga. Maklumlah,rata-rata orang korea mengikut ajaran kristian. Dalam hal makanan,susah juga untuk tinggalkan babi dalam makanan saya sebab saya suka makan daging babi. Mula-mula peluk islam dulu, saya still makan daging babi. Tapi setiap kali makan babi,mesti perut saya jadi sakit. Mungkin tu amaran daripada Allah atas kesilapan saya. Sejak itu,saya tak makan babi dah. Saya tiada masalah dengan arak sebab saya bukanlah penggemar minuman tu sejak sebelum memeluk islam lagi. Sekarang saya sedang memperdalamkan ilmu agama dalam bab solat dengan kawan-kawan muslim lain", petah sekali bicaranya.

" Insyallah Syed, syukur ke hadrat Allah kerana mempertemukan kita atas ikatan islam. Ana doakan kamu sentiasa di bawah limpah rahmatNya"....

Itu Syed, yang sentiasa senyum dengan kepetahan bicaranya. Berbeza sekali dengan Park. Dalam diam Park sedang mencongak segala ilmu yang diperolehinya selama dia beriktikaf dalam masjid. Dia faham seorang yang berpendidikan sepertinya tidak seharusnya menganuti sesuatu agama secara membuta tuli tanpa suatu kajian yang terperinci dan teliti. Dan kini dia sudah mendekati matlamatnya. Kami menghabiskan masa semalaman bersama Park di masjid. Dan itu mungkin pengalaman pertama Park tidur di masjid. Walaupun belum melafazkan kalimah syahadah, tapi raut wajahnya menampakkan jawapan yang dicarinya hampir ditemui.

" Park, apa pandangan kamu mengenai Kristian "...

" Tiada apa yang perlu diperkatakan tentang agama Kristian. Segalanya adalah bohong. Bible adalah pembohong, penipu. Penganut-penganut Kristian semuanya dah ditipu oleh bible. Saya tiada masalah dalam membezakan Kristian dan Islam sebab bagi saya Kristian sudah jelas suatu agama yang karut. Cuma sekarang saya sedang mengenali dengan lebih mendalam mengenai Islam " , kata-katanya disusun sambil kepalanya seakan-akan diasak pelbagai persoalan.

Insyallah, ana doakan supaya Park pun akan peluk islam seperti Syed. Walaupun beberapa kekeliruan tentang Islam telah dizahirkannya kepada kami, alhamdulillah dengan bantuan semua,mudah untuk dijelaskan kepada dia. Bukan hanya kekeliruan, kekagumannya tentang ayat-ayat al-quran pun telah dizahirkannya. Alhamdulillah,sempat kami sama-sama alunkan bacaan Yassin untuk didengarinya.

Maaf, tak sempat untuk ana lontarkan segalanya kat sini. Cukuplah sekadar kisah ini mengajar kita sebuah pengajaran berguna akan hakikat kehidupan kita sebagai seorang muslim. Alhamdulillah,Allah telah pilih kita sejak kita dilahirkan lagi. Tidak seperti saudara Syed yang baru memeluk Islam dan saudara Park yang sedang dalam proses mengenali islam.

Sejujurnya, inilah first time ana melihat sendiri gaya seorang yang sedang mencari kebenaran dalam beragama. Dengan raut muka yang seakan-akan serba salah, mindanya sedang mencongak apakah agama yang sepatutnya aku anuti ?? Itulah harga sebuah akidah dalam kehidupan kita. Peliharalah akidah islam yang telah kita genggam itu sebaik-baiknya.

Hati ini sentiasa tertanya-tanya, orang kafir berduyun-duyun memeluk Islam, tapi kenapalah orang Islam nak keluar Islam plak ????

Al-Jazari tokoh Jurutera Mekanikal Islam

assalamualaikum..sekarang ni minggu exam,kena study lebih sikit. Pada kesempatan ni,sambil study fizik ni ana nak ceritakan kehebatan ilmuwan Islam,Al-Jazari terutama dalam bidang engineering.Pasti ramai yg tak mengenali insan ini sebab kita sejak lahir lagi mmg dah diajar mengagungkan barat. Celik mata kita luas-luas dan kaji sejarah,Insyallah pasti kita sedar Barat telah banyak memalsukan sejarah.

Al-Jazari adalah seorang Jurutera Mekanikal paling cemerlang pada masa itu. Nama penuhnya adalah Badi Al Zaman AbulI Ezz Ibn Ismail Ibn Al Razzaz Al Jazari dan dia tinggal di Diyar Bakir (di Turki) semasa abad keenam AH (abad ke-12 CE).Dia telah digelar Al Jazari sempena tempat kelahirannya, Al Jazira,iaitu sebuah kawasan terletak di antara Tigris dan Euphrates di Iraq.Pada 1206,dia berjaya menyiapkan sebuah buku yang cemerlang dalam kejuruteraan bertajuk "Al Jami Bain Al Ilm Wal Amal Al Nafi Fi Sinat'at Al Hiyal" dalam Arabic. Ia adalah satu ringkasan bagi mekanik teori dan praktikal.

"Wacana Ini adalah paling terperinci jenisnya dan boleh dianggap kemuncak garis kepada Islam berprestasi." Sarton

Buku Al Jazari adalah secara tersendiri dalam aspek praktikalnya kerana pengarang adalah seorang jurutera dan berkemahiran tukang yg cekap. Buku ini memuatkan pelbagai alat perincian seni sebagai satu sumbangan tidak ternilai dalam sejarah kejuruteraan. Seorang jurutera British, Donald Hill (1974) yg mempunyai satu minat khas dalam teknologi Arab pernah menulis:

"Ia adalah mustahil untuk menekankan kepentingan Al Jazari menyisipkan sejarah kejuruteraan, ia menyediakan satu kekayaan bagi arahan-arahan untuk rekabentuk, pengeluaran dan perhimpunan bagi jentera."

Al-Jazari telah melontarkan idea bagi lima puluh buah alat mekanikal dalam enam kumpulan-kumpulan yang berlainan, termasuk jam-jam air, alat membasuh dan mesin-mesin untuk peninggian air dan sebagainya. Berikutan itu, "Dunia Islam Festival" telah dilangsungkan di United Kingdom pada 1976 sbg satu penghormatan kepada Al Jazari apabila London Muzium Sains telah membuktikan kejayaan direkonstruksi contoh usaha makrufnya iaitu "Jam Air."

Gambarajah animasi sebuah model maya al-Jazari menyiram pam-pam peninggian. Butir-butir pam yang unik tersebut telah diperolehi daripada manuskripnya dan gambarajah-gambarajah Hill. Kita dapat melihat dua sedutan pam-pam menyusur serentak didorong oleh satu roda, yang didorong oleh air yg mengalir.Animasi lain untuk 3D model pula mengesahkan gambarajah gajah jam seperti yang digambarkan oleh Al-Jazari.

Sungguh hebat ilmuwan2 islam sebenarnya..tu baru al-Jazari dalam bidang engineering. Belum bidang perubatan,astronomi,kaji bumi dll lagi. Insyallah dari semasa ke semasa kita sama-sama mengenali ilmuwan2 Islam seperti Ibnu Sina,Ibnu Khladun, Ibnu Rusd dan lain2 lagi.

Doakan kejayaan semua dalam peperiksaan..wasslam



coins

annyong haseyo, sillehamnida, jwesonghamnida..

"Ish, ramai betul manusia pagi2 buta ni... camner ni? dah lewat!! " getus hatiku sambil berasak-asak meloloskan diri mencari secebis ruang di tengah-tengah lautan manusia.

Tiba-tiba, kting...kting...kting...semua mata tertumpu ke arah suatu bunyi. Bunyi yang dihasilkan oleh beberapa kepingan syiling. Momentum yang kuat telah menghasilkan tindak balas inersia yang tinggi ke atas syiling tersebut. Sungguh mengasikkan. Kilauan daripada syiling-syiling yang berbagai warna itu menambahkan lagi keasyikkan dalam diriku.

" PONG!! PONG!! " denguman hon komuter mematikan khayalanku.

" Alamak, habisla aku camni.. malunya, dahla ramai orang" hatiku merengus sambil mata melilau memerhati taburan syiling yang sedang membentuk satu putaran lengkap itu.

" Ahh,lantakla kau syiling.. aku dah lewat ni " suaraku agak meninggi melawan frekuensi angin.

Tapi tak semena-mena, aku dapat merasakan wujud satu daya tolakan dari arah hadapan yang telah menolak aku hingga ke belakang. Aku sedaya upaya cuba menangkis asakan itu, tapi ternyata kudrat aku tak mampu menandingi tenaga ajoshi-ajoshi (pakcik) yang sememangnya kuat-kuat belaka.

" Ya Allah, ni dah komuter yang kedua aku terlepas..dah lewat ni, mesti kena marah kat songsengnim (cikgu) nanti.. warghhh!!! " aku bermonolog keseorangan.

Ketika menunggu ketibaan komuter seterusnya, tiba-tiba taburan syiling tadi kembali menerjah fikiranku. Patutkah aku mengutipnya kembali ? Ermm,aku hayun kembali langkah ke arah syiling tersebut. Ntahla,seakan-akan wujud satu daya tarikan daripada syiling-syiling tersebut. Alhamdulillah, syiling itu masih di sana.

::: Dalam komuter :::

Aku berpaling ke belakang. Ramai betul penumpang hari ini. Mataku liar meneliti gelagat orang korea. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Ada yang baca paper, tidur, yang ber'make-up' pun ada juga. Itulah gelagat-gelagat manusia yang kelihatan begitu bersemangat menuju ke tempat kerja masing-masing. Di ceruk pintu sana, kelihatan kelibat seorang lelaki sedang termenung. Apa agaknya yang sedang dimenungkannya. Ditangannya kelihatan sekeping syiling 500 won. Syiling itu ditiliknya dengan penuh minat seakan-akan wujud aura pada matanya.

" Apsal la orang ni agaknya..pelik betul aku tengok..kalau setakat 500 won tu, apalah sangat.Tapi??? aku dulu pun camtu gak. Kalau atas bas,syilingla yang aku tatap.. maklumlah,aku kan pengumpul syiling. Mungkinkah pemuda itu pun sehobi denganku? " memori lampau kembali menggamit fikiranku. Aku teringat kembali zaman kanak-kanakku. Masa tu, akulah pengumpul syiling dari serata dunia.

" mil, nak syiling Jepun..tadi cikgu Jaafar kata nak buat pameran. Bagi jerla " pujuk abangku.

" mil, nanti kalau jumpa syiling berukiran tujuh lapisan Yaasin dan gambar seorang pakcik pegang tongkat, bagi kat aku tau..nak jual,ada orang nak beli 200 ringgit satu " aku senyum sendirian terkenangkan telatah sepupuku itu..

" sorila..bukan tak nak bagi, tapi sayang sangat2 " hehe..tulah antara jawapan popular dariku.

Waktu tu, bukan setakat syiling terkini, syiling masa pemerintahan jepun pun aku simpan. Kebanyakan syiling itu aku temui di pesisiran pantai kampung atukku. Dari sanalah hobi mengumpul syilingku bermula..

Dalam banyak-banyak syiling itu, syiling semasa pemerintahan Jepun paling menarik hatiku. Bukan kerana bentuknya yang cantik, bukan juga kerana pesona kilauannya. Tapi kerana tersimpan erti sebuah kerinduan dalam syiling itu. Teringat atukku pernah bercerita, dia tidak pernah menemui ayahnya iaitu moyangku. Semasa penjajahan askar komunis Jepun, moyangku telah dibawa ke Jepun untuk menjadi buruh paksaan di sana. Ketika itu,atuk masih dalam kandungan lagi. Sebak dadaku mendengarnya, 20 tahun hidup bersama ayah tercinta sudah cukup untukku menyelami kepedihan dan kesengsaraan hidup insan-insan yang kehilangan kasih sayang seorang bapa..

Sebelum aku datang korea pun, hadiah teristimewa pernah aku dapat adalah hadiah daripada ayahku. Sekeping wang korea bernilai seribu won. Walaupun nilainya tak seberapa, tapi itulah hadiah paling berharga dalam hidup aku. Tanpa pengetahuanku, ayah pun rupa-rupanya pengumpul koleksi wang kertas. Melihat keadaan wang kertas itu, aku pasti ia telah tersimpan lama oleh ayahku. Cuma aku jer tak tahu. Sekarang, wang kertas tu aku lekatkan kat buku koreaku.. Insyallah, suatu hari nanti akan ku tunjukkan kembali wang kertas tu bersama sekeping ijazah engineering dan juga ijazah iman kat ayah dan mak..Terima kasih ayah,mak. ANA UHIBBUKUM YA ABI WA UMMI..

dah sampai pun..k sahabat2 semua, ana mintak diri dulu..dah terlewat ni..jumpa lagi nanti..maaf kalau cerita ni seakan2 tergantung..mmg takder tujuan penulisan ni sebenarnya..main sapu jer..hehe..tu just monolog dalaman ana time boring ni..k illa liqa`.. wasslam



Thursday, February 22, 2007

HADITH WEB

dijemput download hadiths web demi kemudahan bersama untuk membiasakan diri dan menjadikan hadith2 rasulullah sebagai teman seperjalanan kita di dunia ini..

Download Link: HaditsWeb2_Setup.exe



Friday, February 02, 2007

adakah kamu ahli bidaah?

Ermm,susahnya hidup di akhir zaman ni..buat benda baik pun salah,kalau buat benda buruk xder plak yg nak tegur..kalau benda baik,ramai jer nak hentam,,apala nasib badan ni??? nilah nasib umat akhir zaman..macam2 ragam, macam2 gaya..semua "bijak2" belaka,sampai layak menganugerahkan pangkat ahli bidaah kt sesama saudara semuslim..yg peliknya,kebanyakan ulamak xder pun membidaahkan saper2.. kita plak yg lebih kuah dari sudu agaknya..kadang2 tu,ilmu takder pun,main hentam jer..kalau orang mintak dalil,mulalah tercungap2 search dalil kt yahoo atau google..

First time ana menulis pasal ni..kalau dulu sabar jer,skang dah takder ruang rasanya nak simpan dalam hati..daripada meletup hati ni,so ada baiknya ana muntahkan sajer kat blog ni..dalam ana happy2 dengan kehadiran maal hijrah aritu, tiba2 kegembiraan tu sedikit berubah lantaran sesuatu yg dah lama ana fikirkan..kali ni sebab saranan via ym ana kt kawan2 seluruh dunia supaya baca doa awal dan akhir tahun smpena maal hijrah ni.. apa lagi,bukan main lagi kena hentam kt beberapa orang saudara semuslimku..ana dah agak dah..ermm,apala nasib badan,asyik kena marah jer..ana ajak kawan2 baca yassin malam jumaat pun ada org tak puas hati gak..agaknya kena ajak pergi disko kot baru x kena marah??

Kat yg x puas hati tu,ana x pernah berdendam ngan korang..sebab korang sayangla korang tegur kan..ana pun sayang kat sumer saudara seagama ku..sebab tula ana tak pernah gelar saudara seagamaku dgn gelaran2 yg x elok..takperlah kalau ana dapat gelaran ahli bidaah pun,nauzubillah..hanya Allah yg tahu tentang diri ana.. manusia ni biasalah,guna mulut free..xyah taruk minyak pun,bleh cakap macam2...
ana mintak maafla sbb tak balas mesej2 tu,bukan ana marah..cuma mybe tu yg terbaik utk kemaslahatan bersama..biarla ana mengalah di dunia ni..janji di akhirat nanti kita semua diiiktiraf sbagai pemenang oleh Allah..tu lagi best kan...

Sebenarnya ni bukanla first time dalam hidup ana..ikutkan,ana pun nak jawab jer soalan2 berbaur penghinaan yg korg bagi tu..tp fikir2 balik,jawab camner pun,bukan selesai pun masalah kan..lagi parah adalah..so,ana angkat kaki jerla.. wlaupun ana faham gak permasalahan ni ,kemaslahatan ummah kita dahulukan.. perkara furu' jer,buat apa nak kecoh2 kan..perkara yg dah lama dibincangkan..cuma kadang2 kita jer yg pekakkan telinga tak nak terima nasihat ulama2..sbb penyakit taksub dan fanatik dah serang diri kita kan? apapun ana gembira sebab dipertemukan dengan insan2 macam korang..wlaupun x pernah bersua..ada asas agama yg mantap..semoga semuanya dirahmati Allah..

Sahabat2, berapa banyak perkara bidaah yang dikerjakan sejak pada masa para sahabat lagi jika bidaah itu difahami secara sempit dan tertutup hanya kerana ia tidak pernah dikerjakan oleh Rasulullah...tetapi bukan semua perkara yang tidak pernah dikerjakan pada masa Rasulullah itu bidaah,dah ramai ulama' membahagikan bidaah kepada bidaah hasanah dan bidaah dolalah kan? sumer dah tahu pasal ni cuma masalah skng adalah "sikap" kita..kalau kita rasa bidaah hasanah tu sekadar rekaan,takperlah..teruskan cara kita..tp jnganlah dgn sebab kita tak setuju,org yg nak buat kebaikan plak kita salahkan..bahkan kita berani membidaahkan mereka..ni tak ubah macam basuh tong najis dari dalam.. lama2,ummat islam gak yg porak poranda.. inilah akibatnya kalau fahaman kita terlalu jumud dan sempit akhirnya maksud al-Quran dan hadis itu disalah tafsir kerana sikap yang terlampau atau ghuluw dalam memahami agama.

Ana tertarik ngan pendapat ustaz zaharuddin dalam masalah ini : ....

Bagi saya, peranan golongan ilmuan muda hari ini antaranya :-

a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-dua kumpulan dengan baik  

b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.

c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.

d) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan samada kitab yang benar-benar mewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yang telah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti Ar-Rawdah, Al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-'Aziz dan Al-Umm. Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang mewakili mazhab Syafie.

e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidak mampu saya nyatakan di ruangan kecil ini.

Justeru, eloknya ilmuan muda dan dewasa meneliti di mana punca temu dan tembung antara dua aliran ini. Jika diteliti, kita akan dapati kedua-dua mereka bertemu dalam banyak perkara, terutamanya,  bertemu dalam niat baik yang ingin disumbangkan kepada masyarakat..

Kaum Muda yang di namakan juga 'salafi', 'tajdid', 'sunnah' atau dicop juga sebagai 'wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu  dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.

Kaum Tua atau dikenali sebagai 'Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak 'alim.

Niat mereka ini lebih elok jika kita sedari dari asyik berbicara tentang perselisihan mereka. Selain itu, akibat peselisihan yang semakin buruk, muncul tuduhan dari kedua-dua kumpulan bahawa orang sana tidak lain hanya ingin menyesatkan dan memecah belahkan orang ramai. Masing-masing menuduh antara satu sama lain sebagai punca masalah tanpa sedar lagi kemungkinan dirinya adalah silap.

Justeru, kita dapat lihat inilah perjuangan mereka semua niat adalah baik, cuma mereka berbeza dalam target bentuk pergerakan, penentuan keutamaan dan pendekatan.

Peranan Penyokong

Malangnya dengan di'api'kan oleh penyokong masing-masing yang kurang 'ilmu' dan penghayatan, maka pertembungan menjadi serius, titik selisih menjadi utama menenggelamkan hasrat murni dan titik persamaan. Hinggakan guru-guru kedua kumpulan yang pada asalnya cukup lunak dan berbaik, menjadi keras, tuduh menuduh berlaku, remeh meremeh, balas membalas, lebih amat malangnya banyak pula si 'guru' yang bertindak balas bukan dalam isu yang sebenar, tapi hanya akibat mainan mulut si anak murid atau penyokong yang suka menokok tambah bagi menyedapkan perisa, kononnya orang sana menyebut itu ini.

Suka saya nasihatkan si murid agar mengingati kembali bab 'An-Namimah' iaitu mengadu domba yang amat dicela oleh Islam. Guru mana yang tidak 'marah' apabila dilaporkan oleh si anak murid bahawa orang sana mengatakannya mengajar ajaran yang tidak benar, sesat, hujah cetek, menolak Usul Fiqh, tak mengetahui hadith dan lain-lain. Malah lebih buruk apabila kritikan hujjah merebak kepada kritikan peribadi, rupa wajah dan lain-lain.

Nabi SAW bersabda :

‏لا يدخل الجنة ‏ ‏نمام

Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba ( Riwayat al-Bukhari)

Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" oleh Dr Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agar tidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan, memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik 'niat baik' kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng.

Saya kerap berjumpa, pertempuran hujjah si 'guru', tetapi ia sebenarnya adalah hasil 'mulut' si anak murid, maka bertempurlah si 'guru' tanpa fakta yang sebenar tentang pihak sebelah sana, amat malang dan membuang masa. Inilah akibat kesimpulan sendiri dari kedua-dua belah pihak, sehingga mengadakan perkara yang tiada.

Renung2kanlah sahabat..janganlah kita merasakan kita sorg jer yang cintakan sunnah Rasulullah..sehinggakan kita jadi terlalu fanatik..bersikap sederhanalah dalam apa-apa perkara pun sebagaimana yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w...tanyala diri kita..jika kita benar2  sayangkan sunnah rasulullah,maka ikutilah akhlak baginda secara keseluruhan...bukannya separuh jer..adakah rasulullah pernah solat lewat macam kita? adakah rasulullah pernah menghina saudara seagamanya?.. tanyalah soalan tu kt diri sendiri sbagai muhasabah diri..bukan sekadar kita ajukan soalan, pernahkah rasulullah baca yassin di malam jumaat ?? pernahkah rasulullah buat tahlil arwah?? pernahkan rasulullah baca doa awal tahun dn akhir tahun? dan macam2 lagi...

Harap ni yg terakhir ana menulis mengenai masalah ni..lpas ni,kalau ada terima jemputan tahlil ke,yassin ke dll daripada ana,harap tak perlulah terngadah2 nak hentam..ana takder masa dah nak berdebat pasal ni..masalah utama skng bukannya masalah manusia baca doa qunut ataupun tak,bukan masalah manusia baca zikir lpas solat ker tak... tapi masalah utama skng adalah masalah akidah..masalah murtad,judi,manusia tak solat..masalah yg membawa manusia ke neraka.. nauzubillah..

Sebab itu janganlah mudah membidaah atau menyalahkan sesiapa kerana mungkin kaum yang dicela dan dihina itu lebih baik dan merupakan kumpulan majoriti umat Islam di mana-mana dunia. Sedangkan kumpulan yang menjadi majoriti umat Islam itu diakui Rasulullah sebagai umatnya yang berada atas kebenaran (hak) petunjuk Islam dan tidak terjejas dengan kesilapan kumpulan serpihan yang lain (hadis riwayat Muslim)..ana pohon maaf kalau ada yg x sependapat ngan ana..belajarlah utk berlapang dada..k,akhir kalam dari ana..sama2 kita berjuang kerana Allah.. semoga segala amal kita diterima oleh Allah...ameen.
Wallahualam