Thursday, May 31, 2007

Falak Online : Menjejaki Kejora dan Zuhal Berpandukan Kedudukan Bulan

Falak Online : Menjejaki Kejora dan Zuhal Berpandukan Kedudukan Bulan

Click pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas.

Bulan sekali lagi muncul di langit sebelah petang, dan kali ini ia akan menemani beberapa buah planet yang sedang menyinari dengan gahnya pada waktu senja. Peluang beberapa hari ini tidak harus dilepaskan kerana posisi Bulan akan membantu kita mengenalpasti mana satu planet dan mana satu bintang!

Tetapi apa yang saya cuba bawakan kepada anda semua ialah kehadiran sebiji bintang yang cerah bersinar di atas kedudukan Bulan, sekitar 7 darjah. Itu ialah planet Zuhrah atau Kejora, yang ketika ini sedang menyinar pada kecerahan magnitud -4.2 .


Pada hari ini, iaitu 20 Mei, Bulan sudahpun bergerak ke atas dan berada di atas kanan dari planet Kejora pula.Pada 21 Mei pula, Bulan sudah bergerak menjauhi Kejora. Tetapi apa yang menarik pada tarikh ini ialah, Bulan akan berada betul-betul antara Kejora dan Zuhal.

Pada 22 Mei, Bulan akan berada agak hampir dengan Zuhal. Pada petang ini, Zuhal akan berada lebih kurang 5 darjah ke atas dari Bulan. Agak mustahil untuk kita tidak menjumpainya.Dan pada 23 Mei, Bulan sudah bergerak semakin ke arah timur. Zuhal akan berada di bawah Bulan pula.

Sememangnya fenomena-fenomena ini terus-menerus mempersonakan sesiapa sahaja yang ingin melihatnya. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini. Dan jika anda mempunyai kamera digital, jangan lupa ambil foto. Subhanallah

Kredit to falak-online.net

International Family Day

International Family Day




Gambar-gambar yang sempat ana rakamkan di "BBB International Family Day Festival" tadi. Maaf kualiti gambar tidak begitu memuaskan. Hampir 3000 orang hadir memeriahkan festival pada kali ini yang berlangsung di City Hall, Seoul, Korea (9 pagi-12.30 tengahari). Seperti biasa, festival ini telah menghimpunkan manusia dari seluruh dunia untuk sama-sama berkenalan di samping berhibur dengan persembahan yang disediakan. Di samping itu, pihak pengurusan masjid Seoul tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan Islam kepada semua pengunjung terutamanya orang Korea sendiri. Alhamdulillah, semoga usaha murni ini dapat membantu kesinambungan kejayaan Islam di masa mendatang. Ameen

IT : Yahoo Messenger 8 Multi Login

IT : Yahoo Messenger 8 Multi Login

Anda pengguna khidmat Yahoo! Messenger 8 ? Dalam ruangan IT pada kali ini, ana akan memberitahu anda cara-cara untuk login 2 id Y!M yang berbeza sekaligus di dalam satu komputer sahaja.

Sebenarnya masalah ini seringkali timbul dalam beberapa situasi. Sebagai contoh, ada seseorang ingin menggunakan komputer anda untuk tujuan chatting. Tetapi pada masa yang sama anda tidak mahu sign out Y!M anda.

Jadi dalam situasi ini, anda perlu setting program anda supaya anda dan kawan anda dapat online ( Y!M ) sekaligus dalam satu komputer pada waktu yang sama dengan menggunakan id yang berbeza.

Anda tentu faham bahawa kebiasaannya anda hanya mampu sign in 1 id sahaja dalam satu komputer. Dengan penjelasan mudah yang ana berikan ini, anda mampu sign in 2 ataupun lebih id sekaligus dalam satu komputer. Sekali lagi diingatkan, kemudahan ini hanya untuk pengguna Yahoo Messenger 8 ( versi terbaru ).


Ikuti langkah berikut :

  1. Download dan install Y!M versi 8 DISINI ( jika anda belum memilikinya )
  2. Start ( butang start windows ) >> Run >> taip "regedit" >> OK.
  3. Buka HKEY_CURRENT_USER >> Software >> yahoo >> pager >> test .
  4. Klik kanan pada folder test >> New >> DWORD value >> taip "Plural" sebagai nama file.
  5. Tekan enter 2 kali pada file plural yang baru saja dibuat. Pada "Value data" isikan angka 1 ( untuk 2 id ) , 2 ( untuk 3 id ) dan seterusnya. Pastikan bahagian "Base" berada pada pilihan Hexadecimal ( 16 ). Then click ok untuk menamatkan setting anda. Selamat mencuba.


Terkini : 1) Ramai sahabat yang tak tahu butang "START" tu di mana. Jadi, ana minta maaf sbb terlupa bagitau.. tu butang start windows seperti di sebelah. wassalam

2) Untuk cuba samada berjaya atau tidak usaha anda ini, just click pautan Y!M macam biasa. Cuma yang bezanya, click yang kedua ini tidak akan mengganggu Y!M anda satu lagi yang sedang beroperasi. Yang penting, anda mesti guna id yang berlainan masa login tu. Ok, jika ada masalah, sila tanya. Wassalam

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhirkehidupanmu,guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Terima kasih cikgu atas segala ilmu yang dicurahkan Smile

Monday, May 28, 2007

Cek Mek Molek

 Cek Mek Molek


Teringin nak makan Cek Mek Molek. Dulu mak yang selalu buat, sekarang kena buat sendiri la. Kepada yang tak tahu, Kuih Cek Mek Molek merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada ubi keledek, tepung gandum, gula dan lain-lain. Ia merupakan sejenis kuih yang mempunyai inti gula. Kuih ini memang popular di Kelantan .

Kuih ini memang sedap. Kalau tak percaya, tengoklah gelagat-gelagat Pirel, Iman dan Erik di atas yang sedang menikmati Cek Mek Molek. Sahabat-sahabat mesti nak cuba kan? Ok, dalam entry yang ntah apa-apa ni, ana nak kongsi resepi Cek Mek Molek. Senang, Cepat dan Mudah.

Bahan-bahan
  • ubi keledek (yg telah direbus dan dilecek)
  • tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga campuran itu menjadi lembut.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan, kemudian masukkan 1 sudu kecil gula (kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya)
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tidak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti gambar di atas.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.
Sambil gaul ubi dengan tepung tu, digalakkan juga memperbanyakkan zikir. Big Smile Semoga makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut kita diberkati Allah. Ameen

Bersama Karam

Bersama Karam


Berborak seketika bersama Karam sudah cukup untuk menyingkap rahsia betapa pentingnya hakikat sebuah akhlak terpuji di dalam diri setiap Muslim yang mengaku cintakan Allah dan RasulNya. Tanpa kita sedari, sebenarnya ada insan sedang menilai segala tingkah-laku kita hanya sekadar untuk lebih mengenali apa itu "ISLAM".

Selepas memeluk Islam, panggilan Karam telah menjadi pilihan hatinya. Seorang yang berbangsa Korea, telah memeluk Islam lebih kurang 3 tahun yang lalu. Jika dahulu dia telah 'karam' dalam lautan pesona dunia yang dicipta, alhamdulillah kini segalanya sudah berubah. Kapal yang dahulunya sudah karam, kini kembali sirna disinari sinaran iman di lubuk hatinya.

Terharu mengenangkan betapa gagahnya anak muda ini dalam menyelusuri perjalanan hidupnya yang bolehlah dianggap 'menyimpang arus' kehidupan di sini. Namun, hakikat bahawa hidayat adalah milik Allah tidak mampu untuk ditafsir oleh akal manusia yang lemah. Turki yang satu masa dahulu begitu digeruni di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah, telah menjadi saksi bahawa anak muda ini mula tertarik kepada Islam. Sepemergian ke Turki atas tiket melancong rupa-rupanya merupakan satu medium yang telah merubah pegangannya selama ini. Dan kini dia sedar, tiada Tuhan disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu utusan Allah.


Tidaklah menjadi sesuatu yang pelik jika tingkah-laku anda disukai oleh seseorang. Dan melalui akhlak jugalah insan lain boleh menilai diri kita yang sebenarnya. Dalam kebobrokan akhlak umat Islam yang semakin mencemaskan, alhamdulillah masih ada insan-insan yang mengerti bahawa dakwah Rasulullah kebanyakannya melalui akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w. Berkat akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh insan-insan ini, maka Allah jadikan sebab untuk turunkan hidayat ke atas seorang hamba. Itulah dia Karam. Hatinya yang selama ini menolak Islam, senang sahaja dipatahkan oleh senjata yang bernama " AKHLAK ".


Hatinya bingung memikirkan batapa baiknya layanan orang-orang yang ditemuinya di sana. Walaupun berlainan bangsa dan agama, bahkan jutaan kota memisahkan mereka, ternyata akhlak yang ditunjukkan oleh Muslim di sana telah menambat hatinya untuk lebih mendalami Islam. Dan kini dia mula memperlengkap ilmu agamanya dengan bimbingan ustaz-ustaz dan juga isterinya yang tercinta. Alhamdulillah.


Penulisan ini tidaklah mencukupi untuk menceritakan segala pengalamannya. Cukuplah sekadar kita menyesali atas akhlak buruk yang sentiasa kita tunjukkan. Bagaimana kita mungkin mengajak orang lain memeluk Islam sedangkan kita tidak pernah sudi untuk memperkenalkan Islam yang sebenarnya kepada mereka. Sebagai umat Islam, tunjukkanlah akhlak muslim sejati walau di mana kita berada terutamanya di negara bukan Islam. Ingat, wasilah untuk Allah anugerahkan hidayat kepada hambaNya ada berbagai-bagai, salah satunya tertanggung utuh di dalam diri kita iaitu " MEMBUDAYAKAN AKHLAK ISLAMIYYAH DALAM HIDUP " supaya orang bukan Islam mengetahui akan hakikat Islam yang sebenar. Wassalam

"Di antara akhlak seorang mukmin adalah berbicara dengan baik, bila mendengarkan pembicaraan tekun, bila berjumpa orang dia menyambut dengan wajah ceria dan bila berjanji ditepati. (HR. Ad-Dailami)"



Wednesday, May 23, 2007

BE CAREFUL!!!!

Be Careful !!!









Carlsberg telah mengeluarkan produk minumannya bernama 'Jolly Shandy' berbagai perisa. Corak dan warna tin minuman tersebut seolah-olah menyamai minuman tin biasa seperti Yeo's, Drinho....etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat islam, kemungkinan ia akan dipasarkan secara terbuka dan ada pula kemungkinan umat islam yang akan terbeli dan akan terminum minuman tersebut. Tambahan lagi, perkataan "contains alcohol" hanya ditulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. Oleh itu, berwaspadalah kita terhadap minuman ini...






Nuur Qistina

Derita Anak Kecil


Ya Allah, terharu rasanya selepas berborak seketika bersama ayah ( Encik Nazrol Hafiz Nazlan ) kepada adik NUUR QISTINA HAYANI tadi. Walaupun puluhan pulau yang memisahkan kita, bahkan zahirnya kita tidak saling mengenali, tetapi pada hakikatnya seakan-akan wujud sebuah ikatan kasih sayang yang sangat utuh antara kita semua.

Inilah hakikat hidup yang perlu kita teladani. Bukan semua insan bernasib baik seperti kita. Di kala kita berseronok bersama keluarga, di sana terdapat insan-insan yang terhimpit dalam kesusahan. Dan ini semua adalah ujian daripada Allah yang perlu kita yakini.


Dia bayi comel, baru 5 bulan menjenguk dunia, sungguh comel dan dari luaran tiada apa cacat celanya. Nur Qistina Hayani bt Nazrol Hafiz masih sama seperti anak anda dan semua. Masih punya hak untuk hidup gembira dan berlari menikmati indah nyata dunia.


Bayangkan derita seorang anak kecil yang baru 5 bulan menjengah maya dan tiba-tiba disahkan menghidapi kanser hati (hepatoblastoma). Mereka memerlukan 100 ribu ringgit untuk pembedahan pembuangan sel kanser. Dan jika anda masih punya hati, mendermalah ke akaun Maybank pasangan ini. No akaun Maybank: 154017298056 . Siapa tahu nasib kita akan datang?



Ini adalah email Naza/Nazrol mengenai penyakit anaknya:


Subject: [uum] Mohon Sumbangan Kos Surgeri Nuur Qistina Hayani

Assalamualaikum wbt, Mohon Sumbangan Kos Surgeri Nuur Qistina Hayani. Mohon sumbangan ikhlas untuk surgeri kanser hati Nuur Qistina Hayani Binti Nazrol Hafiz. Baby kami yang berusia 6 bulan ini disahkan mengidap Hepatoblastoma -sejenis kanser hati untuk kanak-kanak yang jarang berlaku. Rawatan Kemotrafi sebanyak 8 kali dan surgeri diperlukan ke atas baby ini. Jumlah keseluruhan kos rawatan dan surgeri berjumlah lebih RM100 ribuperlu dijelaskan dalam tempoh 2 bulan ini memerlukan kami untukmemohon sumbangan ikhlas tuan/puan. Insuran Syarikat yang ada hanya cover sehingga RM18 ribu sahaja untuk setahun. Sumbangan boleh diberikan ke akaun Maybank Nazrol Hafiz - No Akaun 154017298056. Sumbangan anda amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Sila forwardkan email ini kepada kawan-kawan. Terima kasih.
Nazrol Hafiz Tel : 013-358 3553
Email : nazrol @ gmail.com / nazha @ yahoo.com

p/s: sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi encik nazrol melalui email mahupun telefon. ana dah call tadi, ada hikmah yang tersembunyi. jom sama-sama bantu adik Qistina ^.^


Malaysia dan Carlsberg

Malaysia & Carlsberg




Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol. Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana.


Saya menghormati keperluan sesetengah rakyat yang bukan Islam terhadap arak ini. Tetapi jika pengeluarannya sudah melebihi dan boleh dieksport ini bukan lagi pengeluaran biasa untuk keperluan rakyat. Ini jelas menyebabkan lambakan duit haram ke dalam akaun Negara melalui cukai eksport arak.


"Allah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak : (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."


Bagi saya Kerajaan dan Rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ke-8 iaitu mereka yang makan harganya kerana nilai cukai itu sendiri telah dimasukan dalam harga jualan di dalam dan luar negara.


Di antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu terangkat, kebodohan menjadi dominan, arak menjadi minuman biasa, zina dilakukan terang-terangan, wanita berlipat banyak, dan laki-laki berkurang sehingga lima puluh orang wanita berbanding seorang pria. (HR. Bukhari)


Monday, May 21, 2007

Permasalahan Solat Ketika Haid

Agama : Permasalahan Haid bagi Muslimah

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai sahabat-sahabat yang mengajukan permasalahan hukum hakam agama. Alhamdulillah, walaupun tidak semua mampu dijawab, sekurang-kurangnya dapatlah juga ana tatap kembali kitab- kitab lama. Insyallah, dalam ruangan agama pada kali ini, ana ingin berkongsi tentang permasalahan Haid bagi kaum muslimah. Sebelum itu, diingatkan bahawa bukanlah dengan semudahnya bagi muslimah yang didatangi haid untuk meninggalkan solat.

Merujuk bab 3 ( Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah...), perkara ke-7 di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawwuf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas.

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan terhadap masalah solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

-Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

-Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

-Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.


3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Diharapkan kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini dan semoga permasalahan ini sudah terungkai di sini agar ibadat kita diterima Allah. Pohon teguran jika terdapat sebarang kesilapan. Wassalam

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.



Saturday, May 19, 2007

Tugas Kita Belum Selesai

Tugas Kita Belum Selesai


Bukit Jalil - "The Largest Outdoor Modified Car Showcase In South East Asia" . Sungguh memalukan. Inilah yang tidak boleh kita bayangkan. Karnival ini bukan sahaja mencemarkan adat ketimuran malahan juga mempersendakan imej Negara Islam di mata dunia sebenarnya. Bayangkan dalam sebuah acara karnival auto show seperti ini, turut juga diadakan acara pertandingan tarian "Ala Tiger Show"

Ermm. Ingatkan di Korea jer ada
Tiger Show Live . Di negara Islam pun ada ker ? Sahabat-sahabat semua, inilah karnival yang dah diadakan di Malaysia !!! Bukan setakat kereta yang ditayang, tubuh perempuan pun turut sama "dihidangkan" kepada mata-mata yang lalai tanpa mengira agama. Islam bukan memusuhi hiburan. Tetapi dengan batas-batasnya. Hiburan-hiburan yang sedang ditaja sekarang tidak membangunkan apa-apa melainkan membanyakkan unsur negatif.

Tujuan penulisan ini bukanlah nak "menghias" blog ini dengan gambar-gambar yang kurang menyenangkan (gambar yang paling sopan telah dipilih). Jauh sekali hendak mengaibkan pemilik tubuh (dikhabarkan 2 orang beragama Islam). Tetapi jauh di sudut hati, ana cuba mengkoreksi kembali diri kita. Adakah kita akan terlepas daripada pembalasan Allah lantaran kemungkaran ini ?

Adakah Malaysia sebuah negara Islam ? Anda berhak menjawabnya. Adakah cukup dengan mengisytiharkan negara Islam mengikut perlembagaan sedangkan cara hidup kita jelas bertunjangkan cara hidup Barat. Kehidupan yang semakin hari semakin menipis nilai-nilai murni dalam diri pengamalnya.Masyarakat hidup dalam ketakutan. Hatta seorang imam pun terpaksa "kunci" seliparnya sementara menyelesaikan tugas yang diamanahkan di masjid. Sebab apa? Sebab lakaran kehidupan kita sudah terpesong jauh daripada ajaran Islam yang sebenar.

Kepada saudari-saudari yang asyik menari tu, ana doakan supaya Allah buka hati untuk bertaubat. Dan maaf kepada insan-insan yang mengaku beriman termasuk ana, tiada kata-kata manis yang boleh diberikan. Cukuplah sekadar melontarkan sebuah peringatan " TUGAS KITA BELUM SELESAI ".





Kita Dipertemukan Kerana Allah


 Kita Dipertemukan Kerana Allah







 



Sungguh hebat ketentuan Allah. Dengan ketentuanNya kita hidup, dengan rahmat dan kasih sayangNya kita dapat merasakan berbagai kenikmatan, dengan hidayahNya sinar iman terpancar di hati dan kepadaNya jualah kita akan kembali.


Baru kini ku sedar, rupanya di bumi yang kelam dan gelap inilah sebenarnya tersimpan sinar untukku. Kenangan yang tidak pernah ku perolehi di tempat lain. Syukur padaMu Ya Allah kerana mempertemukan ku dengan insan-insan seluruh dunia yang sama-sama dahagakan cintaMu. Kekalkan ukhuwwah kami, satukanlah hati kami pada jalanMu dan pasakkanlah rasa kecintaan kami hanya padaMu Ya Rabbul Jalil. Ameen



 

Wednesday, May 16, 2007

Politik Samseng

Hujah : Politik Samseng





Time boring ni, layan juga tengok video ni. Sekurang-kurangnya bolehlah juga nak kenal pemimpin-pemimpin Malaysia. Jom tonton sampai habis. Then, masing-masing buat kesimpulan sendiri. Bukan nak berpolitik, cuma nak ajak semua berfikir sejenak tentang masa depan negara kita. Tugas mahasiswa kelas pertama bukanlah hanya mengadap buku setiap masa, tetapi pada masa yang sama perlu sama-sama menyumbangkan idea dan menunjukkan kematangan berfikir untuk membangunkan negara tercinta.